Nov 6, 2010

WANGSA MAJU AKAN HALAU PKR !!





Kesibukan 13 hari di Galas tidak menjadi penyebab untuk saya melupakan tempat saya di Wangsa Maju. Baru2 ini kita dikhabarkan dengan peninggalan lebih 200 ahli PKR Wangsa Maju yang telah mengisytihar ahli UMNO. Majlis penyerahan borang keahlian telah berlangsung dengan jayanya.

Pengisytiharan ini juga akan disusuli dengan 2000 keahlian baru yang juga merupakan bekas Ahli PKR dan PAS. Persoalannya, apakah relevennya lagi penubuhan PKR di Wangsa Maju. PKR Wangsa Maju yang dipimpin Calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim dilihat tidak memberi sebarang impak positif disini.

PKR Wangsa Maju sekadar hadir bagi merancakkan lagi politik tanah air di peringkat Nasional tetapi tidak di kawasan setempat. Masyarakat di kawasan ini secara keseluruhannya tidak menikmati apa2 bantuan dan insentif dari PKR.

UMNO Bahagian Wangsa Maju pimpinan Dato' Mohd Shafei Abdullah sentiasa memastikan masyarakat Wangsa Maju berada dalam keadaan selesa. Pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif telah diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat dan masyarakat disini. Ayuh, kita halau Parti ini yang sentiasa mempunyai agenda kotor demi kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan rakyat.


Post by... Melayu CinDia

Justify Full

2 comments:

Anonymous said...

Halau terus dari bumi Malaysia. lagi aman dan harmoni.

Anonymous said...

Saya cadangkan halau pergi Singapura, minta LEE KUAN YEW beri tanah kat pulau Rebak Besar tu....

Powered by Blogger.