Nov 3, 2010

WAN AZIZAH BENGANG HILLARY HUBUNGI ANWAR ??





Akhirnya misi Anwar Ibrahim berjaya. Walaupun tidak dapat bertentang mata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dikatakan telah menghubungi Anwar Ibrahim. Sejauh mana kebenarannya, entah. Ada sumber-sumber mengatakan Anwar yang menghubungi Hillary.

Tetapi yang pasti, Anwar mempunyai misi yang tersendiri. Daripada kes liwatnya hinggalah ke tahap menguasaan Kerajaan di bawah pimpinan beliau. Anwar ingin memastikan Amerika Syarikat dapat memberi perlindungan sepenuhnya jika beliau didapati bersalah.

Hillary pula hanya akan memantau kes ini tetapi tidak memberi jaminan sepenuhnya kerana Presiden US, Barrack Obama sendiri tidak suka Anwar Ibrahim. Dengar kata, sikap kotor Anwar yang suka menjaja publisiti diri sendiri di luar Negara menyebabkan Obama tidak senang dengan Ketua Pembangkang ini. Selain itu,hubungan rapat Anwar dengan beberapa Pemimpin US yang tidak sebulu dengan Obama menjadi faktor Obama tidak layan rayuan Anwar.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini (semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu." Hillary Clinton.
(Sumber : Malaysiakini)

Kenyataan Hillary Clinton ini seolah-olah membuktikan bahawa beliau sememangnya mahu mengelak daripada berjumpa dengan Wan Azizah. Mungkin beliau menghormati keputusan Kerajaan US agar tidak menemui Ahli Parlimen Permatang Pauh itu atau mana2 wakil darinya.

Bagaimana pula reaksi Presiden PKR, Wan Azizah? Kak Wan seperti tidak selesa dengan pendekatan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jumpa Hillary untuk perlindungan politik. Wan Azizah dikatakan kecewa dengan sikap Anwar yang suka menggunakan khidmat pemimpin luar untuk kepentingan politik dan kes liwatnya. Malu pun ada.

Sabarlah Kak Wan. Kak Wan teruskanlah tugas sebagai seorang Isteri. Insyaallah, kebenaran akan terserlah.


Post by... Melayu CinDia

1 comments:

tungkaran hati said...

Dimana ada Amerika! disitulah kehancuran!
tak percaya? lihat saja diAsia Barat, Thailand, Filiphina, Iraq, Afganistan, Pakistan.....

Powered by Blogger.