Nov 3, 2010

WAN ABDUL RAHIM AKUI NIK AZIZ RASUAH ORANG ASLI !!





Nampaknya Harakahdaily yang bermain dengan isu sogokan Nik Aziz terhadap Orang Asli dengan mencang-canangkan pengislaman 3 Orang Asli sebagai bukti kepimpinan Islam beliau.

Gambar di atas yang disiarkan di Harakahdaily membuktikan kononnya tiada berlaku sebarang penyelewengan. Kehadiran ke Majlis sekadar memberi Sijil Palsu Tanah Orang Asli dan pengislaman 3 masyarakat tersebut. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui ada gambar lain yang tidak disiarkan di Harakahdaily.

Gambar gambar sogokan wang dari Nik Aziz kepada 3 orang asli di Kampung Sandrop yang langsung tidak dikeluarkan oleh Harakahdaily! Apa kena mengena upacara pengislaman 3 orang asli dengan sogokan berupa wang ringgit! Mungkin ini merupakan ajaran baru parti PAS.

Adakah ianya satu tawaran untuk memasuki Islam? Atau untuk mengundi PAS? Jangan hendak mengaburi mata Orang Asli. Cukuplah terseksa mereka memperjuangkan hak tanah mereka yang telah dirampas Kerajaan Negeri.

Jika benar ianya sedekah, kenapa tidak disiarkan di dalam HARAKAHDAILY?

Di mana letaknya kelebihan dan keindahan Islam jika PAS menyamakan taraf seperti upacara menganut agama Kristian. Maka, tidak hairanlah jika Islam dipandang serong oleh non muslim. Dan tidak mustahil selepas ini, ramai umat manusia mahu memeluk Islam kerana ada ganjaran atau upah yang pasti diberikan.Bukankah gambar gambar di atas berupa sogokan atau rasuah secara terang terangan. PAS merosakkan dan menjahanamkan keindahan Islam dengan sendirinya.

Wan Abdul Rahim perlu mengambil tindakan tegas ke atas Nik Aziz kerana menggunakan wang ringgit untuk menarik non muslim untuk memeluk Islam. Kenapa Wan Abdul Rahim? Sebab beliaulah antara individu dalam PAS yang lantang dan berjanji akan memantau sogokan2 yang kononnya dilakukan Barisan Nasional. Bagaimana pula dengan sogokan PAS?

Wan Abdul Rahim sewajarnya bersikap lebih jujur dalam menerangkan perkara yang hak. Yang salah tetap salah.


Post by... Melayu CinDia


7 comments:

Anonymous said...

Umno benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya. Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam.

Anonymous said...

isu nie leh di elakkan andai dibuat sebelum pilihanraya..

anon di atas, kita kena terbuka..semua boleh spin benda ni.
kwn rasa pembangkang pun akan mndapat untung dgn hal di atas.

bukankah ada sistem dan prosuder untuk pemberian wang zakat ini.

apapun isu dia kenapa pemberian ini di buat ketika menjelang pilihanraya dan dalam suasana kempen politik pulak tu.

Anonymous said...

Tak de sedekah nye kalo da musim pilihanraya.

Kalo sedekah, apsal dalam harakahdaily tak kuar?

Kenapa takut sgt nak canang 1 dunia nik aziz bg zakat pada orang asli?

sudahlah...

Anonymous said...

Apa yang hendak di hairankan rasuah dah jadi amalan yang dimuliakan oleh Pasundal dulu,kini dan selamanya..

Anonymous said...

rupanya zakat itu tidak boleh diberikan semasa pilihanraya...

terima kasih atas perkongsian ilmu..

inilah keterbukaan minda yang sebenar

syabas

Gelombang Rakyat said...

Yela... PAS bagi duit sedekah.. zakat...

Cuba kalo Najib Tun Razak buat perkara yang sama??

Uiii... dicanang 1 dunia seorang perasuah...

Anonymous said...

saya dah faham!

maksudnya Nik Aziz tidak bersalah, tetapi dicanang seperti seorang perasuah oleh bloggers.

terima kasih

Powered by Blogger.