Nov 23, 2010

UPDATE !! - YAYASAN SELANGOR DIBEKUKAN ??





Isu Yayasan Selangor yang didakwa belanja besar untuk program ulangtahun ke 40 menjadi bertambah hangat Selasa ekoran seorang pegawai kanannya ditahan reman selama tujuh hari mulai Isnin bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




Menurut laporan Bernama, perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Khairul Nizam Abu Bakar.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya hanya tahu perkara tersebut baru-baru ini, tetapi tidak dapat sebarang maklumat mengenainya,” katanya.

Pegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.