Nov 14, 2010

ULANG TAHUN YAYASAN SELANGOR - JUM. SBNR. HAMPIR RM 1 JUTA !!





Setelah dikaji semula, perbelanjaan sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor adalah RM800,000, bukan RM300,000 yang dikatakan sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah RM300,000 adalah sebagai wang pendahuluan yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam penganjuran sambutan yayasan itu yang sepatutnya diadakan pada 15 November ini.

Menurut Laporan Bernama, ketika sidang media, beliau turut mendedahkan bahawa baki kos yang dianggarkan RM500,000 lagi untuk sambutan itu telahpun diluluskan sebagai peruntukan tambahan. Bagaimanapun, Noh tidak mendedahkan pihak yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan tambahan tersebut.

“Bukan setakat RM300,000 tetapi bayaran kepada syarikat yang menganjurkan majlis, iaitu sebuah syarikat Enterprise.

"Kita hendak tanya kenapa duit ini dibayar sebelum majlis dilaksanakan?"

"Kita maklum, bahawa syarikat tersebut menerima pendahuluan sebanyak dua kali iaitu RM142,500 dan RM128,250 sebelum majlis sambutan itu diadakan."

“Kerja belum buat tetapi diberikan Yayasan Selangor membayar pendahuluan kepada syarikat ini."

"Syarikat itu ada kaitan dengan Kerajaan Negeri, kita dapat maklum RM300,000 dan ada tambahan,"


Ternyata Yayasan Selangor mempunyai agenda sulit dengan mengeluarkan perbelanjaan hampir RM 1 Juta hanya untuk mengadakan Majlis2 sebegini.

Malah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri telah menolak jemputan tersebut seterusnya memboikot Majlis Sambutan Yayasan itu kerana akibat pengeluaran wang yang begitu besar yang membawa kepada pembaziran. Malah, wang tersebut sewajarnya digunakan untuk kebajikan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar.

UMNO Selangor sendiri menyokong penuh Titah Baginda Sultan Selangor dan menyifatkan terdapatnya penyelewengan terhadap penganjuran Majlis tersebut. Datuk Seri Noh Omar juga menyeru seluruh rakyat negeri menolak PAKATAN kerana ternyata Kerajaan Negeri kini tidak telus dalam memakmurkan ekonomi rakyat.

Kalau terus di bawah PAKATAN, masa depan Selangor gelap. Mengurus yayasan tak reti, mengurus pasir pun tak reti, macam mana hendak menguruskan negeri”.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.