Nov 22, 2010

TOK HIM YANG TAK PERNAH BERUBAH !!





Baru sebentar tadi ketika saya melayari FB tiba2 terbaca FB Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. Hampir terlupa saya bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas ini baru lepas keluar IJN setelah melakukan by pass operation pada 18 Oktober 2010. Beliau yang juga dikenali pembangkang sebagai 'katak' ini telah kembali pulih seperti sediakala.


"Salam kpd semua kepimpinan Dewan Tertingi PERKASA..Alhamdulilah,sejak buat by pass operation pada I8hb Oct(35hari), saya bertambah puleh dan baik.mungkin 2 mingu lagi boleh mula aktif sikit2.Skg dah mula dapat main sms..kena buat fisio sbb dada sebelah kanan maseh sakit sikit dan makan belum'lalu'(tak ada selera-mungkin lama tak ceramah).Terima kaseh atas solat hajat,doa,bunga,ziarah yg mana budi baik dan ingatan amat saya hargai dan jutaan terima kaseh..Tok Him insya allah ada jangka hayat minima 2Otahun lagi. Dalam mesyuarat Perkasa merokok akan di haramkan. Dato Tim.Presiden dah setuju. HIDUP PERKASA HIDUP MELAYU !!"
ikhlas Tok Him.sk Majlis Pimpinan Perkasa Negeri@rakan2 media yg sehati
sejiwa.



Ada juga rakan2 dari PERKASA yang berkata Tok Him tak sabar2 nak pergi ke Parlimen. Sesetengah Ahli Parlimen pun ada berkata sunyi juga Parlimen bila Tok Him bercuti sakit.

Saya sebenarnya bukan penyokong Tok Him. Banyak perkara yang saya tidak bersetuju tentang beliau dari dahulu lagi. Tapi jika benar PERKASA akan membantu merapatkan semula kekuatan Agama, Bangsa dan Negara, saya sedia membantu. Melalui dunia cyber maya ini. Saya berdoa agar usaha2 yang ditampilkan oleh PERKASA akan terus berjaya.

Tidak salah menyokong PERKASA. Kerana PERKASA juga berjuang untuk Agama kita, Bangsa kita. Mungkin kadang kala perlu ada NGO2 sebegini bagi membantu Islam dan Melayu agar setia utuh. Malah bertambah mantap.

Nak harapkan PAS dan PKR. Bukan sekadar berpecah. Malah bertambah remuk dan kritikal Agama Islam dan Bangsa Melayu

ps : UMNO tetap dihatiku... PERKASA?? Insyaallah, NGO ini dapat bersama2 kita berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.