Nov 7, 2010

TIMB. PRESIDEN PKR - ZAID DITIKAM SAMPAI MATI !!





Bercakap soal Pemilihan PKR Peringkat Nasional, teringat saya pada Ketua PKR Cabang Wangsa Maju, Dato' Zaid Ibrahim yang turut bertanding bagi menguasai jawatan No. 2 dalam parti itu. Zaid yang juga merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan sedang bertarung nyawa dengan mengambil keputusan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau tidak mendapat sebarang sokongan dari mana2 pemimpin atasan PKR. Jika ada sekalipun, mereka tidak berani menyokong secara terbuka. Sebenarnya ada baiknya keputusan Zaid ini. Kita dapat lihat sejauhmana keterbukaan dan demokrasinya parti ini seperti yang diperjuangkan pemimpin2 mereka dikepalai Anwar Ibrahim. Kononnya....

Tapi ianya bukan sahaja tidak berlaku. Malah lebih teruk dan kotor dari yang disangka. Bermula di peringkat cabang lagi kita dapat lihat penipuan dan ketidaktelusan berlaku. Apatah lagi di peringkat nasional.

Kesilapan teknikal mengenai kedudukan undian bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada saat2 akhir kelihatan seolah2 langkah terdesak bagi menjatuhkan Zaid Ibrahim. Beliau yang pada mulanya mendapat undian tertinggi secara tiba2 jatuh ke tempat kedua seterusnya meletakkan saingan beliau, Azmin Ali di tempat pertama. Pelik bukan? Tapi itulah realiti yang berlaku.

Zaid yang berkata akan terus berjuang walaupun ditikam sebegitu rupa.Inilah semangat juang beliau. Bodoh juga sebenarnya. Perjuangan apa jika ini yang berlaku pada parti yang beliau pilih setelah keluar dari UMNO. Dahulu beliau mengambil keputusan keluar UMNO dek kerana ketidakadilan Akta ISA dan ketidaktelusan di dalam parti tunggak Melayu itu sendiri. Sekarang? Adakah PKR parti yang telus? Tidak... dan yang kelakarnya, Zaid yang menjadi mangsa ketidaktelusan tersebut.

Inilah petunjuk dari Tuhan sebenarnya. Apa yang Zaid mahu perjuangkan sebenarnya, kita pun tak tahu. Ianya lebih kepada populariti murahan. Begitu juga dengan PKR Wangsa Maju. Diletakkan orang ini sebagai Ketua bagi kawasan ini. Kononnya mampu bersaing hebat dengan Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju yang juga merupakan Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak. Apakah Zaid adalah lawan Dato' Shafei? Zaid tidak pernah turun padang menemui masyarakat setempat. Lebih suka dengan gaya hidup korporat. Jauh berbeza dengan Dato' Shafei yang lebih selesa mendampingi masyarakat dan menjalani kehidupan biasa tanpa protokol walaupun beliau adalah orang yang paling dekat dengan Perdana Menteri.

Mungkin inilah pendekatan yang rakyat amat kagum. Dan mungkin juga memberi kesan pada UMNO itu sendiri setelah pengisytiharan keluar parti 200 ahli PKR Wangsa Maju dan dengan rasminya menyertai UMNO Wangsa Maju telah menunjukkan kelemahan Zaid itu sendiri. Kebetulan ianya berlaku tidak sampai 4 bulan Zaid dilantik mengepalai PKR Wangsa Maju. 2000 ahli PKR dan PAS akan menyusul menyertai UMNO Wangsa Maju. Adakah ia membuktikan kekuatan Zaid Ibrahim?

Dalam PKR sendiri Zaid dengan mudah ditempias dan dijentik begitu sahaja. Apatah lagi hendak bersaing dengan anak buah Dato' Seri Najib ini? Zaid sebenarnya lupa. Lupa aekan jasa UMNO pada beliau.

Bayangkan jika PKR buang Zaid ke dalam 'tong sampah' begitu sahaja, apa pula parti pilihan beliau selepas ini? PAS, tidak mungkin. Tak apa, DAP masih ada. DAP kan parti pelbagai kaum. Malaysian Malaysia.. Oh lupa, Middle Malaysia.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.