Nov 26, 2010

TANTAWI DESAK PAKATAN LAKSANA HUKUM HUDUD !!





Mengamuk lagilah DAP. Hari ini Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendesak agar perlaksanaan Hukum Hudud dilaksanakan dengan kadar segera akibat masalah gejala sosial yang semakin kritikal.

Kerajaan Negeri Pakatan umpamanya wajar melaksanakan Hukum tersebut terutamnya bagi pesalah zina "seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin." Mengikut statistik, Selangor merupakan Negeri yang tertinggi sekali dalam rekod jenayah dan masalah gejala sosial di kalangan remaja.




Beliau juga menjelaskan bahawa masalah2 seperti kes pembuangan bayi akan dapat dihapuskan terus jika perlaksaan Hukum Hudud dipercepatkan. Beliau khuatir jika masalah ini tidak dapat dikawal dengan rapi, ianya akan bertambah parah.

Negeri2 yang bernaung di bawah Pakatan sewajarnya memulakannya terlebih dahulu kerana PAS yang dahulunya mendesak perlaksanaan undang2 ini. Saya mencadangkan Tantawi usul Undang2 ini di Negeri Pulau Pinang telebih dahulu. Banyak gelaja sosial merebak gila. Kaki mabuk lagi ramai. Mengikut statistik Pulau Pinang merupakan Negeri Ke3 paling tinggi manghadapi masalah gejala sosial. Boleh?.... Boleh tak?

DAP kata boleh... Boleh Bla... PAS kini berkongsi kuasa bersama PKR dan DAP dan telahpun menawan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang hampir 3 tahun. Kenapa PAS selama ini tidak mendesak 3 Negeri ini melaksanakan Undang2 Islam iaitu Hukum Hudud? Tak usah disebut Kelantan lah. 20 Tahun perintah macam itu juga.

Jika benar PAS memperjuangkan Undang2 ini, silalah usulkan perkara ini kepada Kerajaan2 Negeri di bawah Pakatan terlebih dahulu. Saya rasa ianya lebih mudah kan? Bukankah PAS sebahagian dari gabungan Pakatan? Sebelum dapat kuasa punya canang, menyalak satu Malaya kata UMNO ini kafir, sekular, yahudi, Kerajaan Iblis semualah. Kerana tak laksana Hukum Hudud. Sekarang 4 Kerajaan Negeri yang Pakatan tawan ini, Kerajaan apa? Kerajaan Yahudi? Cakap kang tahu pula marah.

Tak usah hendak berdolak dalik menyalahkan Kerajaan Pusat atas kesemua punca itu, punca ini. Usulkan pada Lim Guan Eng terlebih dahulu. Bukankah beliau mengamalkan dasar pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz? Bak kata Anwar, tak ada mana2 Pemimpin Islam yang sanggup mengumumkan dasar tersebut. Hanya Lim Guan Eng sahaja berani. Jadi? Berjumpalah Lim Guan Eng. Khalifah Pulau Mutiara tuu...

Susah jugak... Ustaz Azizan, Khalid Ibrahim dan Nik Aziz kan ada. Ketiga2 nya merupakan Pemimpin beragama Islam. Usul pada mereka dan barisan exconya. Boleh? Tak boleh kan? Kenapa tak boleh? Tak boleh jawab.

Jangan hanya mempermainkan isu ini untuk meraih undi dan populariti. Mana jaminan PAS? Mana janji Hudud PAS?



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

bodoh budak ni. negara islam dan hudud dah gugur dgn kerjasama pas/dap/pkr. ada dokumen perjanjian. ketiga2 presiden sign. otak letak lutut.

tungkaran hati.blogspot said...

Sendiri pasang banner, sendiri juga takut sama DAP. Apa punya perjuangan?

islamic neutron said...

Itulah pasal. Tertanya2 juga tentang permasalahan ni. Kalau takut sangat dengan ana HUDUD tuh, cubalah mengguna pakai semual undang2 tubuh kerajaan negeri. Kan dalam perundangan tuh termuat sekali hukuman hudud, kan? Pelik juga. Macam semua jer yg melebihkan politik berbanding membina negara Islam (Parti org Islam jer la).. Sadis2..

Powered by Blogger.