Nov 24, 2010

TANAH RIZAB MELAYU - PAS PENANG JADI BARUA DAP !!





PAS terus dijadikan barua apabila diarahkan Lim Guan Eng bagi menerangkan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang mengenai rampasan tanah Melayu di negeri tersebut. PAS Pulau Pinang dijadikan sebagai jurucakap Lim Guan Eng dengan mendakwa UMNO sebagai punca Tanah Rizab Melayu di negeri tersebut tidak terbela.




Menurut sumber dalaman PAS sendiri, PAS Pulau Pinang telah mengadakan sessi ceramah di beberapa perkampungan Melayu di Pulau Pinang bagi menabur fitnah mengenai kekejaman yang kononnya dilakukan dari pihak UMNO. PAS juga akan berkempen dalam ceramah tersebut membela Pemimpin Umar Ibnu Abdul Aziz PAS, Lim Guan Eng yang dikatakan sentiasa memastikan nasib umat Islam dan Melayu di Pulau Pinang terus terbela.

Strategi ini telahpun dibincangkan bersama Mat Sabu dan Lim Guan Eng malah beberapa gerakan PAS di Pulau Pinang telahpun melaksanakan kempen tersebut. Ternyata PAS sanggup menggadaikan maruah Agama dan Bangsa demi mencapai matlamat penguasaan politik mereka.

PAS Pulau Pinang juga dijanjikan Lim Guan Eng penambahan kerusi DUN di Pulau Pinang jika misi ini berjaya mencapai matlamat. Apa yang diberitahu, PAS Pulau Pinang kini semakin terdesak untuk mendapat sokongan padu di Pulau Pinang akibat kegagalan parti ini berfungsi mewakili masyarakat Islam dan Melayu di Pulau Mutiara tersebut.

Insaflah PAS. Janganlah dek kerana mengejar kuasa, sanggup menipu rakyat. Menipu perkara yang terang2 benar. Adakah PAS sanggup melihat Melayu Pulau Pinang terus terseksa malah semakin terseksa di bawah pemerintahan Lim Guan Eng?

Saya amat berharap pihak UMNO Pulau Pinang dapat memantau perkara ini sebelum fitnah ini menjadi parah.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Peminat ucapan, pembohongan, fitnah dan maki-hamun Mat Sabu dan Mahfuz! Perjuangan depa ni pun bukannya perjuangan Islam tapi perjuangan Komunis! Tak percaya? tengoklah depa dengan mata-hati!

Anonymous said...

Sebab tengok ggn mata hati aku tinggalkan umno sebab pi bagi tanah resab melayu kat kpg aku di Perak pada MCA dan towkey cina masa zaman tajol.

KAPAKTAJAM said...

Kapak rasa jawapannya mudah jer!. Akan ada pahlawan Melayu yg akan turun padang secara terbang dan melayang menyahut panggilan fiisabilillah. Insya Allah ia akan berlaku seumpama peristiwa 13hb. Mei, 1969, kerana ia menggugat kesinambungan maruah Melayu.

Ingat Melayu bila dihimpit dan terus dihimpit ia akan melantun dan bila melantun ia amat2 susah dipadamkan selagi mandian darah berhati waja. Pahlawan melayu itulah adanya.!

Powered by Blogger.