Nov 20, 2010

SYED HUSIN ALI GELAR ZAID PEMIMPIN SAMPAH SARAP !!





"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti. Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau."
(Laporan Malaysiakini)

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali telah menggalakkan mana2 individu yang semakin muak dengan PKR agar keluar dengan segera. Bagi beliau, individu yang berjuang dalam parti kemudian keluar dari perjuangan ini boleh dianggap sebagai pejuang sampah sarap. Dr. Syed juga menempelak Zaid sebagai individu yang tidak berpendirian.

Tidak berpendirian? Apa bezanya dengan kamu Dr. Syed. Kamu dahulu memimpin sebuah parti yang telah sekian lama bertapak sejak zaman kemerdekaan iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM). Dek kerana mahukan kuasa dan kemenangan ekspress, kamu sanggup pergadaikan Parti tersebut dan bergabung dengan PKR yang baru 11 tahun bertapak di Malaysia.

Pandai pula kamu bekata soal pendirian. Pembubaran PRM juga telah menyebabkan ahli2 parti tersebut berpecah dua. Satu kumpulan dok jilat tapak kaki Anwar sekarang, manakala satu kumpulan lagi mengekalkan PRM sebagai wadah perjuangan kerana merasakan Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang suka menipu rakyat.

Dr. Syed, kamu berjaya memegang kuasa. Kini kamu seorang Senator. Tapi kamu lupa. Lupa akan perjuangan asalmu di dalam PRM. Semua kerana kuasa. Jangan mudah menghina orang Dr. Syed.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.