Nov 8, 2010

SAYA RINDU PADA UMNO - ZAID IBRAHIM





“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Akhirnya Zaid Ibrahim berundur. Berundur dari PKR. Berundur dari percaturan politik kotor PKR. Beliau bertindak meletak kesemua jawatan di dalam PKR termasuklah jawatan Ketua PKR Cabang Wangsa Maju.

Apa yang hendak saya perkatakan. Desakan saya bersama blogger2 Wangsa Maju akhirnya berjaya. Memang benar kata saya. Tiada apa yang hendak diperjuangkan di dalam PKR. Ini realiti.

Zaid Ibrahim diharap lebih insaf dengan tindak tanduk yang dia telah lakukan selama ini. Tindakan Zaid keluar dari UMNO dan memilih PKR sebagai wadah perjuangan 'keadilannya' memang silap. Dan saya percaya, Azmin Ali kini sedang bergumbira kerana strategi politik kotor dia kini berjaya. Memangf rabak dia buat pada Zaid Ibrahim.

Jika dilihat dari kesan pada wadah perjuangan UMNO Wangsa Maju, ianya dilihat berjaya. Berjaya menyingkirkan PKR Wangsa Maju secara total. PKR Wangsa Maju kini terpaksa merangkak sendiri setelah bekas Bos mereka tidak berminat lagi meneruskan perjuangan palsu Anwar Ibrahim.

Tapi kesan pada UMNO dan BN Pusat? Adakah Azmin adalah pesaing utama kita dalam arena politik tanah air? Jangan lupa, Azmin seorang ahli politik yang licik. Jangan kata mencantas UMNO, Anwar Ibrahim sendiri dia mampu cantas. Cantas dengan apa jua cara, walaupun dengan cara kotor.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan."
(Sumber Blog Zaid Ibrahim)


Tak mengapalah Zaid. Saya tahu, kini anda begitu merindui UMNO. UMNO yang kamu katakan dahulu parti yang tidak telus. UMNO yang kamu katakan semakin kotor. UMNO yang kamu katakan mengamalkan politik penuh penyelewengan, tidak adil dan cantas mencantas yang melampau. Kini? Kamu yang menjadi mangsa. Bukan mangsa di dalam UMNO. Tapi mangsa di dala parti yang kamu sanjungi ketika dahulu.

Apa parti pilihan anda selepas ini? PAS? atau DAP? Zaid, kamu memang menjadi bahan sarkas selepas keluar dari UMNO. Pergilah ke mana2 parti pembangkang yang kamu pilih. Kamu memang akan terus dipijak.


Post by... Melayu CinDia



8 comments:

Anonymous said...

kembali ke pangkal jalan. UMNO parti yang memperjuangkan wadah bangsa. Insyaallah dato akan diberi hidayah dan mendapat petunjuk dari ilahi uyntuk teruskan perjuangan membela bangsa agama dan negara yang tercinta ini.

Anonymous said...

pegi mampos la.. nak join UMNO? dulu kau kutuk kau pijak UMNO. kau puji semua org kecuali UMNO. sekarang kau dah berak kau nak makan tahi sendiri?
ehh.. zaid, aku pun melayu gak. aku tak lupa la.
lu mampos lagi baik la!

Anonymous said...

gelaran katak antarabangsa untuk mu zaid ibrahim..


aku melayu islam

Asril Sani said...

Jantan yang tak malu. Itulah Zaid.
Muka tebal. Dah macam gila talak tiga.
Kau mencerca UMNO dulu. Kini dah mengorak langkah nak masuk semula.
Apo ko ingat UMNO parti bapak kau.
Dari mula ko masuk Keadilan, aku tau kau akan jadi katak dan akan masuk UMNO semula.
Bolehlah cakap tinggi melangit puji Najib untuk bodek masuk UMNO.
Tapi Najib dan orang UMNO macam aku tak bodohlah Zaid.
Tak faham kenapa orang bangsa lain mendewakan Zaid ni.
Tabur duitpun saya tak akan menyukai dia.
Ore Kelatepun tok sei dio.

Rahman said...

apa yg kau nak zaid.... tak faham aku.... nak kan kuasa cakap je lah...

Singh Is Kinng said...

Tuai padi antara masak ...
Esok jangan layu-layuan ...
Masa tinggal UMNO hang tak pikiaq masak2 ...
Dan hari ni dah mula rindu-rindu ...

Anonymous said...

salam..toksah la kata kat dia mcam2..kalau dia nak masuk balik kat UMNO apa salahnya,biarlah..UMNO ni kan parti org melayu dan masih utuh menegakan syiar ISLAM....yeop

Anonymous said...

Kalau Zaid di terima semula sebagai ahli UMNO..., agaknya beribu2 orang UMNO pulak akan keluar UMNO....

Masuk PAS ler, Zaid.. Nik Aziz mungkin boleh ajar hang bagaimana cara nak hapuskan dosa...

Powered by Blogger.