Nov 10, 2010

SAYA MOHON MAAF PADA RAKYAT - ANWAR IBRAHIM.





Semalam saya dikhabarkan Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin telah memohon maaf pada De Facto PKR, Anwar Ibrahim atas kenyataan beliau mencadangkan Ketua Pembangkang tersebut berundur dari arena politik.

Alhamdulillah, Dr. Asri ini hatinya mulia. Rendah diri dan sanggup meminta maaf sesama Muslim walaupun beliau pernah dijulang sebagai seorang Mufti. Tidak seperti Tok Guru PAS, Nik Aziz. Ego. Menganggap dirinya sahaja yang betul.

Tapi ianya tidak bermakna Anwar terlepas. Kononnya dapat cuci dosalah sebab bekas Mufti minta maaf pada beliau. Kezaliman kamu sedang terbongkar satu demi satu. Ingatlah.

Sebenarnya cara Dr. Asri memohon maaf amat berbisa.

"Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah SWT mendatangkan hal yang sebaliknya. Dia Maha Mengetahui segalanya," katanya.


Jawapan yang penuh keinsafan. Anwar... Ingatlah. Kerakusan yang kau lakukan semakin jelas di mata masyarakat.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.