Nov 7, 2010

SAYA BANGKIT SELEPAS GALAS & BATU SAPI - NAJIB TUN RAZAK.





"Najib bersemangat tinggi, semakin beransur sembuh."

Itu jawapan Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican selepas ditanya mengenai kesihatan Perdana Menteri kita.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hopital itu sejak Khamis lepas.

Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan. Dr Mohd Ismail berkata cacar air pulih dengan baik dan para doktor menasihati beliau agar berehat di kediaman.

Perdana Menteri dijadual mengikuti pemeriksaan perubatan dalam masa beberapa hari, kata beliau. Beliau juga berkata Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan perubatan HKL dan doktor peribadinya kerana dedikasinya dalam tidak terhingga dalam menjaga kesihatan beliau.

Apa yang dapat digambarkan di sini, kemenangan besar PRK Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas merupakan ubat segala semangat Presiden UMNO ini untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya.

Beliau sangat bersyukur kerana apa yang diperjuangkan untuk rakyat mendapat respons positif melalui 2 pilihan raya kali ini.

Insyaallah Datuk Seri, anda tidak keseorangan. Kebenaran mengenai penipuan pembangkang kian terserlah. Rakyat bersama Datuk Seri, Insyaallah.

Pembangkang sebelum ini mempertikai tahap kesihatan Perdana Menteri yang seolah2 menipu rakyat. Ada sampai menggambarkan beliau kini sedang strok. Siapa yang strok? Datuk Seri Najib atau Nik Aziz?


Post by... Melayu CinDia




0 comments:

Powered by Blogger.