Nov 16, 2010

SAIFUDIN NASUTION SOKONG ZAID IBRAHIM !!





"Tindakan Zaid menubuhkan Parti 'Keadilan Baru' sebagai satu perkembangan baik."


Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilihat seperti menyokong Zaid Ibrahim. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang berkata, Zaid telah memaklumkan pada beliau bahawa parti baru ini dibarisi oleh ahli2 PKR yang menyokong kepimpinan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.

"Saya ucapkan selamat berjaya kepada Zaid."


Adakah Saifuddin Nasution turut akan bersama Zaid dalam barisan kepimpinan parti baru itu? Saifuddin kelihatan agak tertekan kerana telah digunakan sebagai kambing hitam PKR pimpinan Anwar bagi menjawab pelbagai persoalan dan kucar kacir di dalam PKR.

Emmm... Politik PKR ini memang serabut apabila dilihatnya. Penuh dengan drama dan strategi kotor. Ada juga rakan2 memberi pendapat pada saya bahawa semua ini hanyalah lakonan semata2. Ianya merupakan salah satu strategi. Apa strategi semua ini?

PKR telah membuat ramai di kalangan ahli di peringkat akar umbi keliru dengan agenda perjuangan parti ini. Penyokong2 PKR umpamanya telah berasa muak dengan taktik2 kotor dan lakonan bodoh yang berlaku.

Pergolakan ini telah menyebabkan Wakil2 Rakyat PKR semakin leka menjaga kawasan2 masing2 dek kerana sibuk mengatur strategi politik. Rakyat di kawasan2 PKR di Parlimen mahupun DUN kini tidak diberi perhatian sepenuhnya akibat kerakusan mengejar karier politik masing2. Tidak kurang juga sekumpulan wakil rakyat PKR yang semakin bosan dengan situasi yang berlaku.

Apa yang hendak pening kepala lagi. Sertai kami. Sertai UMNO. Sertai BN. Kerana kami sentiasa memastikan rakyat terus dibela. Kerana perjuangan kami dan pemerintahan kami, akan memastikan rakyat terus dibela.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.