Nov 4, 2010

RON 97 NAIK - PEMIMPIN PAS MARAH SBB. PAKAI KERETA MEWAH !!





"Kerajaan tidak menaikkan harga gred RON 95 kerana menyedari sebahagian besar rakyat menggunakan petrol yang lebih murah itu. Kita subsidi RON 95 lebih dari RON 97, ramai yang guna RON 95 sebab itu kita kawal harganya. Kita mahu memastikan rakyat berpendapatan rendah tidak terasa beban. RON 97 hanya digunakan kepada mereka yang berkemampuan sahaja.”
(Tan Sri Muhyiddin Yassin)

Pembangkang telah melakukan kempen apa yang dikatakan 'Last Minute' dengan memainkan isu kenaikan Harga Minyak RON 97 untuk menang Pilihanraya hari ini. Pelik, apa yang terpangpang di sekitar Gua Musang hanya bertulis 'KERAJAAN NAIK HARGA MINYAK LAGI', 'RAKYAT TERSEKSA : HARGA MINYAK NAIK LAGI' dan macam2 lagi.

Tak pula diberitahu harga minyak yang mana satu naik? Saya sendiri menggunakan RON 95 sejak dulu lagi sebab memang minyak petrol jenis RON 95 murah.. dari dulu lagi. Saya tak rasa rakyat yang berpendapatan rendah menggunakan RON 97? Orang2 kaya pun kadang2 guna RON 95. Tekseksa kah rakyat?


Pemimpin2 PAS, PKR dan DAP je kot yang guna RON 97. Tu yang marah sangat. Orang kaya lah katakan. Naik kereta mewah. Meletop kereta kot pakai RON 95. Rakyat Kelantan, terseksa. Nak dapat bekalan minyak petrol pun susah. Terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman.

Janganlah nak memperbodoh2kan rakyat. Rakyat sekarang semakin bijak.

PS : Calon BN Galas, Abdul Aziz Yusof pun pakai kereta Proton je.



Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.