Nov 18, 2010

ROMBAKAN KABINET - KJ DALAM SENARAI ??





"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya kena penyakit. Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan,.
DS Najib Tun Razak


Ura2 mengenai rombakan Kabinet telah kedengaran semenjak PRK Parlimen Batu Sapi dan Batu Sapi lagi. Sehingga hari ini, tiada sebarang maklum balas dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nama2 baru yang akan membarisan kabinet beliau.

"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya tidak sihat Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan," katanya.

Ada juga ura2 mengatakan bahawa beberapa senarai calon kabinet pilihan termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin. Persoalannya, adakah masyarakat dan rakyat terutamanya mampu menerima perlantikan Khairy di dalam Kabinet Malaysia.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Setakat ini, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan mewakili Pemuda UMNO Malaysia. Kita lihat sejauhmana persoalan ini akan terjawab.

Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Anonymous said...

x payah la bagi dia..ketika rakyat kembali menerima BN,tiba2 akan kembali benci dengan kemasukan khairy dlm kabinet..dia pun jadi ketua pemuda ikut pintu belakang..cukup2lah..harap pm lebih menghormati kehendak rakyat daripada memenuhi tuntutan 3,4 kerat individu yang ada kepentingan..masa bapa mertua dia kat puncak kuasa dulu,dia x peduli pun keperitan rakyat..sekarang biarlah dia berehat dulu,buat kije parti,dulu nak sangat jadi ketua pemuda..nampak sekarang pemuda BN mcm dah kena sakit kusta..x siapa mau dekat..

Powered by Blogger.