Nov 12, 2010

RASUAH - K.WANITA PKR SELANGOR DIPECAT !!






Jika dahulu kita dikhabarkan dengan pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dari DAP Tee Boon Hock atas dakwaan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan projek, kali ini ahli MPK dari PKR pula, Hamidah Mat Som bakal dikenakan tindakan sama kerana didakwa keluar surat sokongan untuk perniagaan syarikat milik suaminya.

Keputusan untuk memecat Hamidah yang juga merupakan Ketua Wanita PKR Selangor sudah dibuat oleh mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kini surat pemecatan Hamidah telah disediakan dan masih menunggu untuk ditanda tangan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ianya disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kes Hamidah yang juga tmula menjadi bualan ramai apabila Ketua MCA Bahagian Kapar, Song Kee Chai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor terhadapnya. Hamidah didakwa mengeluarkan sekurang-kurangnya empat surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.

PKR sebelum menakluk Negeri Selangor telah mencanang dan memburukkan pimpinan Barisan Nasional yang mempergunakan kuasa untuk membantu syarikat2 kroni dalam memajukan syarikat tersebut. PKR juga mendakwa pemimpin2 PAKATAN tidak sesekali mengamalkan Politik Kroni busuk seperti pemimpin2 BN yang sentiasa menyalahgunakan kuasa.

Kini.... Mereka yang mengamalkan budaya sebegini rupanya.. Masih sayang pada PKR?



Post by... Melayu CinDia

13 comments:

YANG GAMBI said...

Apa yang jelas, puak-puak PKR-DAP-PAS ini hanya bercakap sebelum mendapat kuasa..... sebenarnya di dalam hati mereka penuh dengan hasad dengki melihat kesenangan orang lain sehingga sanggup melemparkan fitnah... Allah lebih mengetahuiNya apabila mereka diberi kuasa....

Anonymous said...

Apa yang aku nampak dan jelas ialah PR tidak berkromposi dgn ahli2 yg mengamalkan rasuah dan menyalahgunakusa. Mereka dipecat. Bukan macam parti Umno yg mengeluarkan dan mendidik dan mempertahankan ahli2 yg bergelumang dalam rasuah dan salahguna kuasa.

Anonymous said...

ada lagi penyokong pr yang masing bingung...

ngarot... said...

same je kot hehe...

Anonymous said...

imbuhan dalam bentuk pengagihan kontrak dan sebagainya adalah dorongan utama mengapa ahli politik disokong dan dibantu bagi mendapatkan kuasa oleh pembiaya2 mereka.isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan tidak akan terhapus selagi ahli politik diberikan kedudukan yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku.

Anonymous said...

dulu dalam BN, depa ni juga yg buat macamtu. sekarang depa pun teruskannya lagi dalam PR.

Anonymous said...

Itu gambar Zuraidah AP Ampang.

Anonymous said...

Sesiapa yang pegang jawatan tinggi mesti terdedah kepada amalan rasuah...yang penting iman mesti teguh...

Anonymous said...

Pembetulan... Hamidah Mat Som BUKAN K.Wanita PKR Selangor. Dia ni cuma K.Wanita Cabang Kapar. Check fakta dulu sebelum publish!!!

Cekik said...

Ketua Wanita Negeri ke, Cabang ke, Ranting ke, Akar ke, golongan2 dari parti cakap tak serupa bikin dan hipokrit ini sama saja.

Kerana setakat ketua cabang le dia mungkin dipecat, kalau dia ketua negeri dah tentu benda begini disembunyikan bawah selimut, seperti skandal Ronnie Liu DAP, sama saja species orang lain semua tak betul dia saja yang betul ni.

Anonymous said...

Siapa pun yg berada dipuncak kedudukan akan membuat perkara yg sama dari itu jangan mengata org sedangkan kita lagi busuk dan hapak dari org yh kita kata tak kira dia dari parti mana asalkan kita jangan katakan org bak kata perpatah org yg selalu menghina org org itu lebeh hina dari org yg dikatakan dari itu apa yg ada didalam PR dari kepala sampai kekaki semua nya busuk dan hapak.

Anonymous said...

umno tu baik sangat ker....

Pak Tam said...

BPR dah tukar ke SPRM. UMNO pun dah terlalu banyak berubah sejak BN kalah di beberapa buah negeri dlm PRU12. Pembangkang pula semakin terserlah kemunafikkannya, pembohongannya, penipuannya dan seribu macam lagi sejak diberi peluang memerintah negeri-negeri tertentu. Bikin tak serupa cakap. Lagi teruk dan lebih teruk lagi drp UMNO/BN. Sekurang2nya BN dapat meletakkan negera Msia setanding dgn negara maju di dunia. Cuma dasar pembangkang shj tidak mahu mengiktirafkan kejayaan BN sampai bila2 selagi dinamakan pembangkang. Lihatlah Allah SWT telah tunjukkan kpd rakyat di atas dunia ini. Apa yang berlaku kpd PKR dan apa yg terjadi kpd PAS di Galas dan beberapa PRK yang lalu? Apa yang DAP telah lakukan kpd kepentingan Melayu dan India di Pulau Pinang? Itu pun masih ada lagi Melayu dan rakyat Msia yg bingung spt anon2 di atas yg menyokong DAP, PAS dan PKR.
Lihat: http://suara1umno.blogspot.com
http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

Powered by Blogger.