Nov 30, 2010

PRO ERDOGAN GILA TALAK - SUARA ULAMA' PAS DISEKAT !!





Pagi tadi Melayu CinDia sempat bersarapan dengan beberapa rakan2 termasuklah salah seorang Crew Unit Amal yang ditubuhkan PAS. Pelbagai perkara yang kami perbincangkan. Pada mulanya, tidak timbul langsung perbincangan soal politik tanah air. Hanya sekadar perbincangan rakan2 lama.

Tiba2 rakan Melayu CinDia dari Unit Amal PAS itu terlepas cerita. Cerita pasal kekecewaan bekas Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang juga merupakan bapa saudara beliau. Arwah pernah menceritakan kepada anak saudaranya betapa kecewanya Arwah terhadap kepimpinan PAS sekarang yang dilihat tidak lagi memperjuangkan Islam secara total.



Arwah juga telah disisihkan dari rakan2 politik sebelum kembali ke rahmatullah dek kerana Arwah seorang Pro Ulama' di dalam PAS dan kritikannya mengenai masa depan PAS. yang dilihat seperti menghina Pemimpin2 baru PAS. Arwah juga jarang mendapat sebarang jemputan rasmi terutamanya yang melibatkan program Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan adalah kemunculan Arwah ke Majlis2 tersebut hanya akan memberi liabiliti terhadap Majlis tersebut.

Arwah Ustaz Hassan Shukri berkata beliau tidak pernah berkata tidak setuju dengan gabungan Pakatan Rakyat. Malah beliau antara individu yang menubuhkan kerjasama Pembangkang pertama iaitu Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) bersama sahabat beliau, Allahyarham Fadzil Noor. Ketika itu, DAP turut bergabung bersama2 membantu memastikan gerakan tersebut berjaya.

Beliau cuma menasihatkan beberapa Pemimpin PAS agar tidak lupa akan perjuangan PAS dalam memertabatkan Islam dan tidak digubal hanya kerana tidak dipersetujui DAP. Antara kekecewaan Arwah termasuklah menukar slogan PAS 'Membangun Bersama Islam' kepada 'PAS For All'.

Slogan itu walaupun pada mulanya menampakkan keterbukaan PAS yang memperjuangkan Islam kepada semua kaum, tapi akhirnya ianya menjadi strategi terdesak dalam mendapat sokongan bukan Islam sehinggakan penerangan mengenai perjuangan Islam tidak lagi menjadi misi utama parti itu.

Arwah pernah meluahkan permasalahan ini kepada Nik Aziz akan tetapi Nik Aziz cuba menenangkan arwah dan berjanji akan menyelesaikannya. Namun, ianya sekadar bincang kedai kopi yang tiada penyelesaian. Agaknya sebab itu Nik Aziz meraung masa Arwah meninggal dunia.

Kalau tak, sebelum ini Nik Aziz tenang sahaja jika ada mana2 pemimpin PAS meninggal dunia. Malah ketika pemergian Bekas Presiden PAS Fadzil Noor, Nik Aziz sedikitpun tidak menangis. Sempat pula tulis dalam akhbar Harakah bertajuk, 'Yang Pergi Tetap Pergi.. Yang Hidup Teruskan Hidup'. Tapi lain pula situasi apabila Ustaz Hassan Shukri pergi buat selamanya. Nik Aziz tidak terkawal. Ada la buat salah apa2 tu..

Itulah apa yang diceritakan rakan Melayu CinDia dari Unit Amal PAS. Melayu CinDia agak sebak juga melihat perjuangan Ustaz Hassan Shukri. Walaupun Melayu CinDia tidak menyokong PAS, sekurang2nya Melayu CinDia akhirnya mengakui, masih ada Pro Ulama' di dalam PAS yang benar2 memperjuangkan Islam seperti Arwah.

Akan tetapi, insan2 seperti arwah telah jauh disisihkan di dalam PAS. Dek kerana perjuangan liberal sempit demi kepentingan politik sempit PAS.

Al Fatihah buat Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Anonymous said...

hanya HARUN DIN yg dapat selamatkan PAS.!!!! bukannye SANG PELIWAT..


JAI 13569

Powered by Blogger.