Nov 16, 2010

PKR WANGSA MAJU CABAR KUASA RAKYAT !!





"Pembangkang terutamanya PKR dan PAS terlalu asyik mengejar jawatan dan hanya mengidamkan jawatan Ahli Parlimen untuk kepentingan peribadi. Pengundi yang mengundi PKR di Wangsa Maju pada PRU 12 ditipu dengan mainan politik kedua2 parti ini."


Itu sedikit cebisan dan komen dari Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah. Beliau berasa amat kesal dengan sikap PKR Wangsa Maju yang meminggirkan rakyat walhal pengundi2 di kawasan ini telah memberi harapan besar buat parti ini.



Beliau yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju berkata, PKR dan Pembangkang khasnya lebih mementingkan kedudukan politik dari mendengar rintihan dan masalah masyarakat setempat.

Ini menyebabkan rakyat di Wangsa Maju semakin muak dengan Pembangkang yang tak henti2 memikirkan strategi politik kotor. Dato' Shafei juga mengajak kesemua parti2 komponen BN agar bersatu dan memastikan rakyat terus terbela tanpa mengira kaum dan ideologi politik.

Zaid Ibrahim sendiri yang telah diberi tanggungjawab memimpin PKR Wangsa Maju sibuk dengan agenda peribadi dan berlagak seorang wira Rakyat. Padahal tanggungjawabnya di Wangsa Maju diabaikan. Kini tidak sampai 6 bulan memimpin PKR Wangsa Maju, bertindak keluar parti pula.

Inilah realiti perjuangan PKR dan Pembangkang. Mereka hanya mengejar kepentingan peribadi dan hanya pandai menabur janji2 manis tetapi setelah itu membiarkan rakyat terus merana. Janji hanya tinggal janji.


Dato' Shafei Abdullah berkata demikian pada sessi temubual eksklusif bersama Majalah Medium di Pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju. Wartawan yang menemubual Dato' Shafei berkata Dato' Shafei sememangnya seorang yang mudah didekati dan tidak protokol.

Wartawan tersebut berkata Dato' Shafei mampu memimpin UMNO dan Barisan Nasional Wangsa Maju ke arah perpaduan komponen seterusnya membantu masyarakat setempat.


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Jeffry said...

KLU PEMIMPIN DOWN TO EARTH, HUMBLE TO VOTERS DAN RAJIN TURUN PADANG, INSYALLAH AKAN KEKAL BERTAHAN

bRAVEhEART said...

Salam bro,
Selamat Hari Raya Aidil-Adha. Semoga persahabatan kita juga akan tetap berkekalan ~ BH

Powered by Blogger.