Nov 8, 2010

PKR SEBENARNYA MENANG DI BATU SAPI !!






"Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat UMNO."
(Sumber Blog Anwar Ibrahim 31 Oktober 2010)


Keputusan rasmi PRK Batu Sapi

BN - 9773 Undi

PKR - 3414 Undi

Majoriti - 6,359 Undi


Saya sebenarnya terbaca artikel Anwar Ibrahim ini semasa saya search di Google mengenai Batu api. Apabila kita menang di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, ramai yang mengingatkan pada BN agar tidak bongkak dan sombong dengan kemenangan BN ini.

Saya juga sependapat dengan kenyataan orang ramai. Kita mesti jadikan kemenangan ini sebagai semangat baru untuk berjuang dengan lebih gigih. Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim. Dia memang bongkak. Masa kempen memang betul2 optimis menang. Bila sudah kalah, menganga jelah. Lepas tu, dikata pula BN sogok wang, rasuah rakyat dan macam2 lah.

Anwar, dengarlah cakap Dr. Asri. Berundurlah.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.