Nov 26, 2010

PKR JOHOR KATA CHUA JUI MING 'KOMUNIS MODEN' !!





"Tindakan Jui Meng melampaui batas kerana menyekat hak bersuara dan menyifatkannya sebagai Komunis Moden."
PKR Cabang Ayer Hitam


Tembelang Anwar Ibrahim meletak Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng memakan diri beliau sendiri apabila beberapa PKR Cabang di Johor telah mendesak agar Jui Ming meletak jawatan.

Ketua Penaja PKR Cabang Ayer Hitam, Dr. Mohd Zaid Mohd Yusof mendakwa Jui Ming bertindak seperti Komunis Moden apabila mengugut untuk mengambil tindakan terhadap mana2 Ketua PKR Cabang di Johor yang membuat sebarang kenyataan berkenaan masalah dalaman parti.



Beliau juga membandingkan kepimpinan Jui Ming dengan Ketua MPN PKR yang terdahulu yang lebih mesra rakyat dan sentiasa menyeru kesemua ahli PKR bersatu. Jui Ming dikatakan telah memecahbelahkan PKR di Johor yang kini bercakaran sesama sendiri dek kerana kerakusan kuasa dan kepimpinan diktator bekas Pemimpin MCA ini.


“Akibat daripada tindakan Jui Meng ini, kebenarannya tidak sampai lima peratus ahli yang keluar mengundi dalam pemilihan baru-baru ini dan ada sesetengah tempat mengalami kekecohan seperti yang berlaku di Cabang Parit Sulong."

“Kehadiran Jui Meng ke dalam PKR Johor merupakan beban yang terpaksa ditanggung dan bukannya seperti pemimpin PKR lain yang boleh dianggap sebagai ikon.”


Dr. Mohd Zaid turut membongkar sikap Chua Jui Ming yang angkuh dan gila kuasa apabila tidak boleh menerima sebarang pandangan di peringkat akar umbi dan mengarahkan kesemua cabang mengikut strategi kotor Jui Ming yang semakin lama semakin melampau.

Jui Ming katanya tidak lagi dilihat sebagai pemimpin ikon di Johor seperti pemimpin2 PKR Johor sebelum ini malah kesemua Ketua PKR Cabang di negeri tersebut telah hilang sabar dengan sikap Komunis yang diketengahkan Ahli Majlis Pimpinan PKR tersebut. Jui Ming juga merupakan dalang tercetusnya pergaduhan di beberapa PKR Cabang semasa Pemilihan Parti termasuklah PKR Cabang di Parit Sulong.

Alhamdulillah... Kenapa? Dia memang wajar keluar dari MCA. Patutlah pimpinan MCA sendiri tidak dapat menerima kepimpinan dia. Pada pandangan saya, Jui Ming ini memang mengimpikan jawatan sebesar ini di dalam PKR. Jika dahulu dia tidak mampu menunjukkan belangnya di dalam MCA kerana berada di bawah komponen BN pimpinan UMNO. Jika dia bersikap demikian satu ketika dahulu, memang kena 'sepak terajang' dengan komponen2 lain.

Tapi apabila Jui Ming menyertai PKR dan diberi kuasa oleh Anwar untuk memimpin PKR Johor, naik lemaklah dia. Anwar memberi kebebasan pada dia untuk melakukan apa sahaja asalkan Johor berada dalam genggaman PKR.

Strategi kotor Anwar kini bukan sahaja dipraktikkan oleh Jui Ming, malah ditambah pula dengan rasa pemberontakan Jui Ming yang sememangnya dahagakan kuasa tanpa batasan semasa di dalam MCA. Kini dilepaskan semua sekali dalam PKR.

Sudahlah. Saya mencadangkan agar bubar sajalah PKR Cabang di Johor. Jika dibiarkan, semakin parah. Malah Sultan Johor sendiri menempelak parti ini. Sedarlah bahawa PKR ini hanya mainan politik kotor demi kerakusan kuasa 2 3 kerat.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

pacat said...

dah terkena getah anwar yg dibawa komunis baru nak melenting juak2 pkr johor.. selama ini diorang tak sedar ke atau saje membutakan mata hati mereka yang kerana nafsu untuk berkuasa...!!

Powered by Blogger.