Nov 19, 2010

PKR GELAR ZAID IBRAHIM KAKI MABUK PEMALAS !!





Nampaknya wang sogokan yang ditawarkan dari Anwar tidak ada apa2 nilai buat insan bernama Datuk Zaid Ibrahim. Dalam sidang akhbar pagi tadi, beliau telah mengesahkan surat hantar surat untuk keluar PKR berkuatkuasa 16 Disember.

Menurut laporan Agenda News, beliau juga memberitahu merancang akan menubuhkan sebuah parti baru untuk meletak calon bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam sidang akhbar di rumahnya itu, Zaid berkata apa keadaan sekalipun hujan, ribut atau petir beliau sendiri pasti akan bertanding.

Katanya jika parti baru itu tak sempat ditubuhkan bila pilihanraya diadakan beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Menurut Zaid surat rasmi keluar PKR dihantar hari ini tetapi berkuatkuasa 16 Disember.

Zaid Ibrahim juga dikatakan kecewa dengan pelbagai gelaran yang dilemparkan pemimpin2 PKR sebelum ini. Malah, Anwar Ibrahim sendiri menggelarkan beliau sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Ada juga sebilangan pemimpin PKR menggelarkannya sebagai Kaki Mabuk dan Pemalas.

"Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.”

“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi."

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam."

Ditanya kenapa beliau memilih 16 Disember sebagai tarikh keluar PKR, dengan nada sinis beliau menjawab "Kalau Anwar gemar 16 September.Maka saya pula suka 16 Disember,". Zaid berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar PKR bukan kerana merajuk atau penakut tetapi ada kalangan pimpinan PKR sudah anggap dirinya pengkhianat.

Zaid Ibrahim pada awal kemunculannya di dalam PKR telah mendapat pelbagai gelaran positif termasuklah Jaguh Rakyat, Pemimpin Undang2 berjaya, Pembela Nasib Rakyat dan Seorang Pemimpin Bersih yang ditendang dari UMNO.

Zaid Ibrahim juga pada ketika itu telah diangkat dan diagungkan di dalam sessi ceramah Pakatan malah De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri turut memuji beliau dan mempromosi Zaid Ibrahim sebagai pemimpin yang bersih.

Nik Aziz sendiri memaki hamun UMNO yang menyerang Zaid Ibrahim seorang yang gemar minum arak ketika PRK Parlimen Hulu Selangor.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.