Nov 15, 2010

PEMUDA UMNO W.MAJU - 'NYAMUK' PKR MESTI DIBUNUH !!





Justify Full
Kalaulah semburan nyamuk ini mampu mematikan karier politik Zaid Ibrahim dan Pembangkang di Wangsa Maju, alangkah baiknya. Tapi program2 sebegini sewajarnya diberi perhatian kerana Skuad Cegah Denggi (SCUD) Pemuda UMNO Wangsa Maju kini semakin rancak dilakukan. Nak harapkan Dewan Pemuda PAS atau Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju, dok sibuk cari publisiti murahan di luar.

Hari ini, Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Azha Mustapha (gambar di atas) turun padang bagi memantau perjalanan program. Program SCUD yang berlangsung sekali lagi di Taman Melati Kawasan 8 telah menampakkan keberkesanan malah menjadi pujian dari penduduk setempat.

Malah, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Melati Kawasan 8 (gambar di atas) turut terlibat dalam program ini. Awalnya apabila dilihat seolah2 Pemuda UMNO buat program syok sendiri. Sebenarnya mereka silap. Mana ada mana2 Agensi atau NGO yang mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti2 sebegini?


Masalah denggi di Negara kini menjadi salah satu masalah kesihatan utama yang perlu diambil perhatian. Angka kematian akibat denggi semakin meningkat hampir setiap bulan. Lantas apa yang diusahakan oleh Pemuda UMNO Wangsa Maju wajar diberi galakan dan sokongan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Azha Mustapha berkata, beliau akan terus memastikan program2 sebegini dirancakkan lagi agar masalah denggi di Wangsa Maju dapat diselesaikan dengan cepat dan tangkas.


Buat warga Wangsa Maju, anda tidak perlu khuatir dengan masalah denggi. Kerana UMNO Wangsa Maju sentiasa memberi perhatian penuh dalam menyelesaikan masalah ini. Selepas ini, Pemuda UMNO Wangsa Maju akan bergerak ke seluruh kawasan setempat.


GELOMBANG RAKYAT SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS KHAS BUAT PEMUDA UMNO WANGSA MAJU.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

YANG GAMBI said...

Tahniah....... semoga program-program murni seperti ini berterusan, biarlah pihak-pihak yang tidak mahu menilai beranggapan apa.... Allah juga yang lebih menilainya....

Apai Ngelai said...

syabas UMNO Wangsa Maju.. Berkhidmat, berbakti, berJASA :)

Powered by Blogger.