Nov 14, 2010

PEMILIHAN PKR - BUKTI PENGUNDI HANTU TERSERLAH !!






Ahli PKR berjumlah 400 000? Tipulah. Temubual Agenda News bersama Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli telah membuktikan bahawa jumlah ahli yang digembar-gembur oleh parti itu hanya propa dan penuh dengan penipuan. Ianya adalah strategi terbaik mereka bagi mendapatkan kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya berbanding PAS dan DAP. Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini.

“Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi daripada 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?” soal beliau.

Perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di mana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian. Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.

Nazmi juga memberi pendedahan bahawa PKR banyak berhutang tenaga, wang dan budi dengan PAS. PKR di awal kemunculan sendiri dikatakan menggunakan PAS bagi mendapatkan ahli.

“Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini,” kata beliau.

PAS dikatakan begitu marah dengan PKR kerana berlagak seperti BOS di dalam Pakatan. Seolah2 parti ini sudah begitu kuat.

“PAS hanya dapat ‘seredak’ sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini,” ujarnya.

Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu.

“Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara.

”Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam ‘Demo Bersih’ beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12” kata beliau.

SYABAS buat Agenda News atas pendedahan ini.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.