Nov 25, 2010

PAS PERAK DESAK PKR BERUNDUR DARI PAKATAN !!





"PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR."
Aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman.


Sedang membelek blog2 politik tanah air, saya tiba2 terbaca sebuah artikel yang dipetik dari seorang Aktivis Masyarakat, Dr. Mohamed Rafick Khan. Apa yang saya tahu beliau merupakan seorang Aktivis yang menyokong kepimpinan PAS di Perak. Tapi artikel ini menarik minat saya kerana beliau secara terang mengkritik Pakatan yang menjadi harapan perubahan lanskap politik beliau suatu ketika dahulu.



Beliau telah mencadangkan agar PAS mengambil alih tampuk pimpinan Pakatan yang dilihat semakin bercelaru dengan masalah2 moral yang tiada kesudahan. Ini juga jawapan dari reaksi Presiden PAS, Hadi Awang yang merasakan PAS semakin dipinggirkan dari Pakatan.

Dr. Rafick juga menulis PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. Beliau mendakwa, PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan.

Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati. Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut.

Beliau juga menggambarkan rakyat sudah semakin muak dengan politik kotor yang semakin menjadi2 di dalam PKR seterusnya akan menumbangkan perkongsian kuasa yang telah dipersetujui selepas kemenangan pada PRU 12.

Beliau juga membongkar terdapat beberapa kumpulan yang berjaya mengumpulkan pengundi dan mengugut akan mengundi BN pada PRU 13 jika PAS tidak mengepalai gabungan haram tersebut.

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada) minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang." “Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa.”


Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan. Ia juga memberi amaran kepada Pakatan bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick mendakwa jika kerajaan Pakatan mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN. Contoh yang diberikan YB Gombak, Azmin Ali yang kononnya digelar jaguh PKR yang kini terus ditempelak pengundi2 di kawasannya. Ianya juga akan merebak ke seluruh Parlimen dan sudah pasti tiada tempat untuk Pakatan menguasai mana2 Parlimen atau DUN malah Negeri.

Dr. Rafick juga telah mengkaji respon yang diberikan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula, semasa perasmian Ijtima Tarbawi di Rusila yang ternyata telah melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.

"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan"
Sumber Harakahdaily

Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan. Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang.”
ramai pemerhati politik melihat ia sebagai satu sindiran tajam ke atas Anwar Ibrahim.



APA NAK DI KATA LAGI?? KAMU SEMUA TELAH DITIPU... UNDILAH BARISAN NASIONAL... :-)



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

YANG GAMBI said...

Wajar sangatlah kalau PAS menjauhkan diri dri PKR dan DAP.... terlalu merosakan imej PAS... kalau boleh sinkirkan juga erdogan-erdogan proksi Anwar yang ada dalam PAS...

TAIPINGMALI (TM) said...

ALJUBURY DAN Al Azmin Ali...balun laa tunggu apa lagii

Kamarul said...

Puak PAS bukan dipinggir depa ni jerakung dalam almari.. mana leh kawan dgn org ..puak2 ni mana leh kawan dgn ore.. puak ni puakkasta rendah.. sebab tu dipinggirkan.. cuba kita imbas kat kaula kangsar.. yang terpekik terlolong siapa dia... yang terlentang dijalanraya siapa dia.. jika bukan jerangkung dalam almari ni..

Powered by Blogger.