Nov 10, 2010

PAS KEMARUK NAK HASIL FELDA - MAZLAN ANAK DERHAKA !!





"Janganlah terpengaruh dengan dakyah2 dari penceramah luar yang datang ke tempat kita. Ianya tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada peneroka. Hanya untuk kepentingan orang2 politik sahaja. Kita laksanakanlah janji kita sepertimana Ikrar kita semasa mula2 kita masuk FELDA."


Inilah luahan rasa seorang anak peneroka FELDA yang tidak pernah lupa akan jasa yang dicurahkan oleh agensi ini. Beliau bernama Abd Rahim bin Aliman, merupakan abang kandung kepada si penderhaka anak FELDA, Mazlan Aliman.

Semalam saya ada memaparkan mengenai insan bernama Mazlan Aliman, seorang anak Peneroka FELDA yang kini bertindak mencantas dan mengherdik jasa2 yang diberikan agensi ini. Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS sedang melakukan satu perancangan jahat untuk menjatuhkan FELDA, agensi yang menjadi nadi dan jiwa keluarga dia.


Apa motif dia? Jika benar ada penyelewengan, kenapa abang kandung beliau sendiri menempias apa yang diperlakukan adik kandungnya sendiri? Ada beberapa blog PAS yang mengherdik abang Mazlan ini dengan mengatakan bahawa beliau telah diupah untuk membuat pengakuan seperti kenyataan di atas.

Astagfitullah.. Orang2 PAS ini memang tak ada otak. Abd Rahim ini bukan orang Politik. Malah anak2 peneroka FELDA ini sendiri bukan orang Politik. Tapi mereka tidak sebodoh itu untuk dipermainkan pemimpin2 politik seperti PAS.

Mazlan sebenarnya dikatakan tidak berpuas hati kerana ada beberapa permohonan dia tidak diterima pakai oleh FELDA. Disebabkan itu, dia memberontak lalu bertindak melakukan kempen memburuk2kan agensi ini termasuklah menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Mazlan juga menjadi alat pembangkang iaitu PAS dengan memburuk2kan serta memfitnah FELDA di kawasan2 peneroka FELDA. PAS sendiri telah melantik dia sebagai Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mazlan menjadi kambing hitam PAS bertujuan bagi memastikan parti itu mendapat pengaruh yang kuat di kawasan ini yang diidamkan sejak sekian lama.

Mazlan sebenarnya lupa akan jasa2 yang telah FELDA berikan kepada keluarga dia. Keluarga dia sendiri telah mendapat pelbagai inisiatif dari agensi ini. Jangan jadi anak derhaka Mazlan.

Ini sedikit bingkisan luahan abang Mazlan sendiri.

"Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka. Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti."

"Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu. Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua."

"Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar. Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN."



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anak Jati Felda said...

Tahniah di atas artikel tersebut... Semoga segala usaha kita menyedarkan masyarakat di berkati Allah. Amin

iqbalgangs said...

Sentiasa bersyukur diatas apa yg diperolehi...lebih-lebih lagi daripada Felda.Felda merupakan satu penempatan kapada rakyatnya meneruskan kehidupan yg lebih terjamin walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.Hasilnya amat membanggakan pada peneroka itu sendiri.Kerajaan merancang rakyat melaksanakan sebaik-baiknya.Jangan mudah lupa diri sentiasa ingat pada sejarah tidak boleh dipadam.Kesusahan kepayahan selama ini lebih mengajar kita kearah kehidupan lebih bermakna.Terpulang kepada peneroka dan anak peneroka itu sendiri menentukan jalan yg terbaik.Aku bersyukur dan beriman pada Mu ya Allah.

Powered by Blogger.