Nov 28, 2010

PAS KECEWA TOK HIM MATI HIDUP SEMULA !!





Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta maaf kepada PAS kerana beliau telah ditakdirkan oleh Allah kerana masih hidup dan bernyawa bagi meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Dakwaan beberapa blogger Pembangkang bahawa beliau semakin tenat, lumpuh malah ada yang mengatakan akan mati ternyata tidak benar.

Temubual Melayu CinDia dan beberapa team blogger di rumahnya petang semalam membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas ini masih kuat dan tidak sabar2 untuk meneruskan perjuangan ini. Turut bersama dalam temubual ini adalah Ketua Wira PERKASA, En. Arman Azha dan blogger terkenal, The Flying Kick.



Tok Him dalam temubual bersama kami menyatakan bahawa beliau tidak menyangka bahawa sebuah parti yang kononnya mengamalkan perjuangan yang telus dan berlandaskan Agama sanggup memfitnah dan mendoakan seseorang itu mati. Namun, Tok Him dengan rasa tenang berkata PERKASA akan terus menerus berjuang bukan sahaja mempertahankan Perlembagaan Negara, tetapi memastikan aplikasi Perlembagaan itu sendiri akan diteruskan di Negara ini.

"Kita juga tidak mahu melihat Perlembagaan Negara sebagai warkah warisan yang hanya tertulis di dalam buku, tetapi tidak lagi dijadikan sebagai rujukan dalam Negara. Ini yang cuba diperjuangkan beberapa pemimpin politik yang rakus untuk mendapatkan kuasa."


Di kesempatan ini Melayu CinDia sempat bertanya kepada Tok Him beberapa soalan pedas termasuklah mengenai persoalan saya kenapa beliau memilih untuk menggunakan logo PAS bagi merebut Parlimen Pasir Mas pada PRU 12. Sebelum ini, saya hanya menerima jawapan dari rakan2 saya dan saya mahukan jawapan dari beliau sendiri. Tok Him menjawab :-

"Saya telah ditawarkan dari Nik Aziz sendiri untuk bertanding atas tiket PAS di Parlimen tersebut. Malah Nik Aziz mengakui pengaruh saya di kawasan Pasir Mas. Saya berbincang dengan beliau dan keputusan ini merupakan keputusan demi kepentingan masyarakat di kawasan saya."

Melayu CinDia juga ada bertanya mengenai tentangan beliau terhadap PAS setelah menang di Parlimen itu yang dilihat seolah2 mengkhianati hubungan dua hala antara beliau dan Nik Aziz. Tok Him dengan tenang menjawab :-

"Saya tidak dapat menerima PAS apabila bekerjasama dengan DAP. DAP akan memastikan bahawa perjuangan Agama Islam dan Bangsa Melayu akan dihapuskan secara halus. Ini prinsip saya. Saya menerima semangat perpaduan kaum atas semangat 1Malaysia akan tetapi saya juga mesti memastikan bahawa Agama dan Bangsa saya menjadi ketuanan di Negara kita ini. PAS sanggup menggadaikan prinsip Islam demi matlamat untuk berkuasa."


Tok Him juga menempelak dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa beliau menyertai PAS pada PRU 12. Beliau tidak pernah menyertai mana2 parti pembangkang yang ada sekarang. Beliau hanya bersama UMNO satu ketika dahulu. Parti2 lain yang beliau sertai iaitu Berjasa dan Semangat 46 atas kapisiti perjuangan Agama dan Bangsa.

"Ketika tahun 1970 an saya bergiat aktif di dalam Parti Berjasa bagi memulihkan ketidakstabilan politik di Kelantan pada ketika itu. Saya tidakpun mengisi borang sebagai Ahli Berjasa. Saya hanya membant. Berjasa bersama BN. Setelah ianya selesai, saya menyertai UMNO."

"Saya menyertai Semangat 46 yang juga dikatakan sebagai UMNO asal pada ketika itu atas kapasiti Tengku Razaleigh. Lanskap UMNO pada ketika itu sangat berbeza. Dakwaan bahawa saya pernah menyertai PAS tidak benar sama sekali."


Alhamdulillah, banyak persoalan di dalam minda Melayu CinDia akhirnya terjawab. Sungguhpun banyak perkara yang saya masih keliru dengan Tok Him, namun sekurang2nya beliau kini berjuang di dalam PERKASA, yang turut membantu mempertahankan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Banyak sebenarnya Melayu CinDia hendak bertanya, tetapi dek kerana Tok Him kelihatan penat, Melayu CinDia dan rakan2 terpaksa beredar bagi memberi ruang dan masa untuk beliau berehat.

Insyaallah, Tok Him akan kembali. Bak kata Dato' Seri Nazri Aziz, "Sunyi Tok Him tak ada di Parlimen".


ps : Perjuanganku tetap bersama UMNO... Namun aku tetap membantu PERKASA, demi keutuhan dan kekuatan Agamaku, Bangsaku dan Negaraku.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.