Nov 1, 2010

PAS KATA KULI SEORANG PEROMPAK !!






" KULI PENGKHIANAT. KHIANAT ORANG ASLI "


Itulah ungkapan Pemimpin PAS Kelantan bagi menutup kelemahan dan kezaliman Kerajaan Negeri Kelantan pemimpin mereka. Kempen ini telah bermula sejak 2 hari lepas. Dahulu ketika KuLi bersama mereka tidak pula dibangkitkan isu ini. Saya mendapat tahu perkara ini setelah membaca laman portal Bernama.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menafikan dakwaan PAS yang mengatakan beliau mengkhianati Orang Asli di Kelantan. Dakwaan bahawa beliau melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai UMNO adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud.

"Astagfirullahal Azim. Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili Parti Islam membuat pembohongan semacam itu,"
(Laporan Bernama)

Beliau sebelum dikatakan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan Orang Asli oleh Angkatan Perpaduan Umah yang ketika itu disertai PAS dan Semangat 46.

Tetapi, setelah dikaji sebenarnya mengikut sejarah gabungan ini, soal kebajikan Orang Asli termasuk soal pemberian tanah tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tertinggi gabungan parti itu yang turut disertai beliau dan Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Noor. Walaupun jentera PAS dilihat mula menyerang peribadinya, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap calon PAS Dr Zulkefli Mohamad yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang.

"Jika PAS nak serang (peribadi) dengan mereka-reka cerita sebegini, dia tanggunglah (dosa)...kita hanya akan tetap menerangkan mengenai dasar kerajaan dan apa yang akan kita lakukan untuk kebajikan rakyat. "
(Laporan Bernama)

Inilah KuLi yang dikenali masyarakat Gua Musang. Sangat rendah diri di mata rakyat. Apa lagi yang PAS cuba hendak dedahkan. Benda tak betul. Kita ada bukti dan fakta. Jangan cuba tutup kelemahan dengan cara sebegini. PAS Kelantan langsung tak pernah bersyukur dan tak kenang jasa KuLi. Banyak pengorbanan beliau pada PAS Kelantan. Tapi dipijak pula Ahli Parlimen Gua Musang ini.





Nik Aziz.... Tidurlah... Tidur... Kamu biarkan rakyat kamu merana...



Sumber Gambar - Minaq Jinggo

Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Anonymous said...

hanya pencuri akan mengatakan orang lain pencuri, supaya orang ramai akan mengejar pencuri yang dia kata tu, dengan sebab tu lah dia dapat melarikan diri.

pencuri pencuri...

Powered by Blogger.