Nov 29, 2010

PAS ISYTIHAR KEDAH DARUL PORNO !!





Sedang kita kedengaran rintihan rakyat Kedah yang mengenai isu banjir yang tidak dibela Kerajaan Negeri, Kedah kini semakin tidak terkawal dengan masalah2 gejala sosial. Bukan sebarang gejala sosial, Kedah kini menjadi medan utama taukeh2 DVD lucah sebelum diedar ke seluruh Malaysia.



Baru2 ini pihak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah berjaya menangkap 2 beradik warga China yang telah mengeluar dan mengedar DVD lucah pada pagi Ahad, di Taman Selasih kawasan Kulim. Tindakan RELA ini akibat dari aduan penduduk setempat yang membuat kegiatan ini semakin tidak terkawal.

Sebelum ini, pihak penduduk kawasan telah membuat aduan terus dengan menghubungi Kerajaan Negeri, namun ianya tidak mendapat sebarang maklum balas. Penduduk kawasan kecewa kerana sewajarnya aduan2 sebegini dititikberatkan Kerajaan Negeri . Tapi malangnya, ianya bukan sahaja lambat, malah ianya dibiarkan terus berleluasa.

Penduduk kawasan juga mengucapkan Jutaan Penghargaan buat Anggota RELA yang tangkas dalam menyelesaikan masalah ini kerana jika ianya dibiarkan, Kulim akan menjadi sarang pengeluaran dan pengedaran DVD Lucah.

RELA sebelum ditempelak PAS sebagai agen UMNO yang bertindak dalam memastikan penambahan undi2 pos. Walhal Anggota RELA tidak perlu mengundi secara pos kerana mereka merupakan Agensi Sukarelawan.

Ini merupakan masalah baru yang kian tenat di Negeri ini. Pengedaran DVD Lucah di Negeri ini semakin merebak dan dijual secara terbuka. Kerajaan Kedah pimpinan PAS sebelum ini melaungkan slogan Islam sebagai misi utama dalam manifesto2 yang diedarkan buat pengundi. Namun, masalah2 sebegini dibiarkan terus tanpa memikirkan kesannya terhadap masyarakat terutamanya golongan muda.

Di manakah inisiatif PAS Kedah yang menjamin akan menjadikan Kedah sebuah Negeri yang berlindung di bawah Payung Agama Islam? Adakah PAS terlalu bersikap terbuka sehingga membiarkan Kedah menjadi lokasi utama pengedaran DVD Lucah?

Buat kesemua pengunjung yang membaca, tepuk dada, tanya hati anda.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

Bukan Darul Porno lagi. tapi Kedah sabenarnya Darul Maksiat.

MAKSIAT MERATA TEMPAT, APA AZIZAN BUAT.

islamic neutron said...

Dalam permasalahan ini, kita perlu lihat dari sudut iaitu kaum mana yang banyak terlibat dalam PENGEDARAN bahan lucah? Yang membelinya kerana ada penjual dan pengedar. Jadi siapakah yang rasa-rasanya tidak menyahut dan menyambut dasar dan usaha Kerajaan Negeri Kedah, tersebut? Mungkin kita menyesali kerana Kerajaan Negeri Kedah dilihat tidak begitu serius tetapi perkara itu bukanlah kerja utama mereka. Mereka yang tidak menyeru sahutan dasar Islam kerajaan lah harus dipersalahkan sekali. Wallahu a'lam

Anonymous said...

wehh..aku org kedah aku tau la.. media je yg lebih2.. keluarga aku dan sedara mara aku yg Umno pun MB Kedah dtg lawat masa banjir, bg bantuan.. tp media je tak telus.. jgn ngata kat Kerajaan Kedah lagi.. kami rakyat kedah dah lali dengan media.. kementerian yg jaga hal ehwal bahan porno ke apa, hal judi ke apa, kerajaan pusat lagi sepatutnya kuatkuasakan..

Powered by Blogger.