Nov 11, 2010

PAS DESAK KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN ??





Nampaknya ada juga sebilangan pemimpin PAS Selangor kini bangkit menentang dasar Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Sebenarnya Hasan Ali sendiri tahu dia sudah kena tipu dengan PKR dan DAP Selangor.

Ianya berikutan desakan dari pimpinan PAS diketuai Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Dr. Rosli Che Mat yang mendesak Khalid menggantikan segera Othman Omar yang didakwa gagal menjalankan tangungjawabnya sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Desakan itu turut melibatkan dakwaan bahawa Othman terlibat dengan amalan salah laku serta penyalahgunaan kuasa terhadap pengurusan termasuklah kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sebelum ini pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib telah mendedahkan penyelewengan ini di mana salah laku Othman itu dikatakan berlaku dalam soal pengambilan pekerja yang mana dikatakan melibatkan individu yang merupakan kenalan Pengurus Besar PKNS itu dalam bentuk jawatan kontrak termasuklah pembayaran gaji yang tinggi daripada kakitangan PKNS sendiri.

"Maka kita mendesak agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meniliti dakwaan ini termasuklah menjalankan siasatan yang sewajarnya. Sekiranya siasatan mendapati dakwaan ini benar, Menteri Besar perlu mengambil tindakan segera agar PKNS bebas daripada sebarang amalan yang boleh merosakkan institusi ini."


Dr. Rosli Che Mat yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat mendakwa selain melantik kenalan untuk mengisi jawatan anak syarikat itu, Othman juga dikatakan turut melakukan perbelanjaan yang tidak munasabah apabila mengarahkan PKNS menaja perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha 10 Oktober lalu.

Perbelanjaan tersebut turut melibatkan perbelanjaan kehadiran angkasawan daripada luar negara ke majlis perkahwinan berkenaan yang memakan kos sebanyak RM520,000. Wow. Bukan dulu kata penghantaran Angkasawan Negara satu pembaziran duit Kerajaan ke? Sponsor kahwin tak mengapa kot.

Selain dakwaan salahguna kewangan, Othman sebelum ini turut dikaitkan dengan dakwaan tidak selari dengan matlamat penubuhan PKNS apabila anak syarikat kerajaan negeri melaksanakan projek mewah Datuk Jelatek yang disifatkan tidak memberikan keuntungan dan manfaat kepada usaha meningatkan sosio-ekonomi bumiputera di Selangor. Ini kerana, projek yang bernilai RM1.2 bilion itu merupakan projek mewah yang nilainya adalah tinggi iaitu diluar kemampuan kewangan golongan bumiputera.

Dalam pada itu, Dr. Rosli menyatakan pihaknya juga mahu kerajaan negeri mengambil tindakan yang sama terhadap Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd.Arif Abd Rahman apabila didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak penyelengaraan jalan raya di negeri itu.

Dakwanya, Mohd. Arif dikatakan melantik kontraktor-kontraktor pilihannya untuk kerja membina dan membaiki longkang-longkang menggunakan peruntukkan Sistem Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Bagi memperkuatkan lagi desakan itu, pihak PAS Selangor diketuai Dr. Rosli sendiri telah mengemukakan memorandum kepada Abdul khalid dan Speaker DUN, Teng Chang Khim agar siasatan dilakukan selain mengenakan tindakan yang sewajarnya.

Khalid Ibrahim nak jawab apa? Gelombang Rakyat tidak fitnah. Ini sah. Dari rujukan dan laporan Bernama dan beberapa blog lain termasuklah Agendadaily. Tak ada putar belit. PAS Selangor ni pun satu. Apalah nak dihairankan sangat dengan penyelewengan. PKR memang suka menyeleweng. Seleweng wang, seleweng politik, seleweng rakan2 politik. PAS Selangor pun akan bertambah sewel apabila terus bekerjasama dengan PKR.

Tapi apa yang saya diberitahu, dari sumber2 yang sahih, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar merupakan rakan karib Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidakkah ianya menampakkan unsur2 kronisme di situ. Kenapa tidak didesak sahaja Khalid Ibrahim letak jawatan?


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.