Nov 1, 2010

PAS AKAN ARAH TAUKEH2 BALAK SOGOK PENGUNDI !!





Inilah yang akan berlaku. Kerajaan Negeri Kelantan akan mengarahkan kesemua Taukeh-Taukeh Balak untuk turut berkempen di Galas terutamanya kepada pengundi-pengundi di kawasan Perkampungan Orang Asli dan Kawasan Cina.

Menurut kenyataan sumber dalaman jentera parti PAS, bermula esok taukey-taukey ini akan membuat tawaran dengan sejumlah wang yang besar kepada pengundi-pengundi dengan syarat penerima akan memangkah PAS. Inilah perkhabaran terbaru yang amat mengejutkan saya. Kadang kala saya merenung sejenak, seburuk ini rupanya PAS Kelantan.

Buat semua pengundi, berhati-hati dengan sogokan ini. Jangan mudah terperdaya dengan mereka. Kerana tanah balak yang mereka sedang tarah sekarang hampir kesemuanya adalah milik anda. Jangan dipandang wang yang diberikan. Maruah anda jangan sesekali di gadai begitu sahaja. Tanah Ladang yang merupakan milik rakyat Kelantan yang sepatutnya dituntut.

Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.