Nov 14, 2010

PANAZZ !! - PEMUDA UMNO W.MAJU 'HALAU' NYAMUK PKR !!







Skuad Cegah Denggi (SCUD) Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju memulakan langkah yang cukup tangkas. Mereka tidak membiarkan masalah denggi yang semakin membimbangkan di Wangsa Maju terus membelenggu penduduk setempat.

Penubuhan SCUD telahpun beroperasi dengan jayanya dan petang tadi SCUD telah 'menyerang' Taman Melati Kawasan 8. Semburan nyamuk aedes dimulakan di Surau Taman Melati seterusnya di kawasan2 pangsapuri.

Turut memberi sokongan termasuklah Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Taufiq Hussein dan Penolong Setiausaha, En. Khyril. Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kawasan 8, Saudara Faizal turut serta dalam misi SCUD ini.

Beberapa Skuad yang terlibat dalam mencapai misi ini berikrar akan memastikan setiap penduduk kawasan Wangsa Maju tidak terus terbelenggu dengan masalah denggi. SCUD merupakan salah satu aktiviti Pemuda UMNO Wangsa Maju yang ternyata mengambil berat masalah rakyat.

Malah tidak ada lagi mana2 wakil Pemuda dari parti2 lain di Wangsa Maju terutamanya Angkatan Muda PKR dan Dewan Pemuda PAS yang mengambil inisiatif sebegini. PKR dan PAS di Wangsa Maju tidak berfungsi dengan baik dan hanya mencari publisiti murahan agar mereka dikenali.

Menurut salah seorang Crew SCUD En. Mohd Radzi Omar, SCUD merupakan cakna penduduk Wangsa Maju dan misi SCUD akan menampakkan keberkesanan Pemuda UMNO itu sendiri yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat. Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan menyeru kesemua belia2 sentiasa peka dengan masalah denggi dan bersama2 Pemuda UMNO Wangsa Maju dalam menjayakan misi ini.

GELOMBANG RAKYAT MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS BUAT PEMUDA UMNO WANGSA MAJU ATAS INISIATIF2 SEBEGINI.


Pen. S/U Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Khyril (berdiri) memantau perjalanan program.


Barisan Pemuda UMNO Wangsa Maju. Turut bergambar Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Khyril (Tengah) dan Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kaw. 8, Saudara Faizal.



Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kawasan 8 menguruskan Jamuan Petang buat Skuad.


Wakil Skuad SCUD, Saudara Mohd Affendi Mohd Ayob.



Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

Syabas atas usaha yang telah dijalankan. Percayalah, kerja yang dijalankan utk membasmi penularan penyangkit yang disebarkan oleh nyamuk aedes ni.. adalah satu ibadah utk kebaikan semua termasuk kepada orang-orang PAS dan PKR.

Kepada pendokong-pendokong PAS & PKR sedarlah apa sebenarnya yang dituntut oleh Islam.

Anonymous said...

syabas UMNO kalau PAS jangan haraplah..

Anonymous said...

Tahniah Taufik dan rakan-rakan pemuda W. Maju. Teringat masa aku pemuda dulu, Datuk Norza pun ada buat aktiviti sembur nyamuk ni.

Anonymous said...

byk kan lagi aktiviti yg mendekatkan diri dgn masyarakat

Powered by Blogger.