Nov 14, 2010

PAK RASYID 'CEKIK' ZAID IBRAHIM ??





PKR Wangsa Maju kini kian runtuh apabila UMNO Bahagian Wangsa Maju telah menubuhkan Cawangan barunya iaitu UMNO Cawangan Menara Alpha.

Cawangan baru ini membariskan beberapa AJK yang mantap di bawah naungan Ketua UMNO Cawangannya, En. Rashid yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wangsa Maju. Beliau dalam temubual bersama saya mengatakan,keyakinan beliau terhadap perjuangan UMNO meyebabkan beliau mengisytiharkan menyertai dan aktif di dalam UMNO.


Beliau dengan panggilan mesranya, Pak Rashid amat yakin dengan kepimpinan Dato' Dr. Mohd Shafei Abdulah selaku Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju yang sentiasa peka dengan masalah rakyat. Beliau turut sedih dengan fitnah yang pernah dilemparkan PKR terhadap Dato' Dr. Shafei yang banyak membantu peniaga2 Melayu di Wangsa Maju.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Santai Makan Malam UMNO Cawangan Menara Alpha bersama Dato' Dr. Shafei Abdullah. Turut bersama program ini adalah isteri Dato', AJK UMNO Bahagian serta AJK UMNO Cawangan. Ketua Pemuda UMNO Bhg. En. Taufiq bersama Naibnya, En. Azha Mustapha turut tidak melepaskan peluang berkenalan dengan AJK Pemuda Cawangan. Ketua Wanita UMNO Bahagian, Pn. Normah turut serta dalam program ini.

Semoga UMNO lebih bekerja keras dalam memastikan Wangsa Maju kembali ke tangan Barisan Nasional.


Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Sudah sampai masanya orang melayu yang dahulunya kata "kau pergilah dulu,aku backup dari belakang" ini bersama-sama menyertai barisan hadapan. Orang melayu terutama ahli UMNO mesti maju kehadapan. Kita akan di pijak jika kita tidak mahu gunakan kesempatan yang ada selagi melayu berkuasa. Tahniah Pak Rashid.

Powered by Blogger.