Nov 16, 2010

PAK LAH AKAN SERTAI PARTI ZAID IBRAHIM ??





"Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR."


Itu komen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai pengumuman Zaid Ibrahim keluar dari PKR. Zaid Ibrahim pernah menduduki barisan kabinet (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) di bawah pemerintahan Pak Lah.

Pak Lah juga berkata beliau telah menjangkakan Zaid Ibrahim akan keluar dari PKR setelah tidak mendapat sebarang imbuhan dan jawatan.

"Saya tidak terkejut, dulu pun masa dalam Umno dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan,"

Beliau berkata demikian setelah disoal wartawan Bernama mengenai reaksi bekas menteri kanan beliau keluar Parti.

Mana ada Pak Lah nak masuk parti baru Zaid Ibrahim. Belaiu seorang yang sangat setia pada UMNO. Insyaallah.


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

Macam mana Zaid nak pimpin PKR, baru nak tanding Tim. Presiden pun, dah bermacam2 maki hamun yang dilontar kepadanya...

Anonymous said...

walaupun satu masa pak lah jadi PM aku tak berapa gemar tapi dari sudut prinsip Pak Lah aku rasa dia tak akan tinggalan UMNO kerana beliau antara pemimpin yang terlibat semasa penubuhan UMNO ... imposible ...??? kalo pak lah keluar UMNO sekalipun dia tak akan masuk mana-mana parti politik lain ... cayalaaa ...

Powered by Blogger.