Nov 1, 2010

NIK AZIZ SUDAH LUPA DIRI - MUSTAPHA MOHAMED.





PRK DUN Galas ini sebenarnya telah membongkar pendekatan yang diamalkan PAS dalam memastikan Kelantan terus dikuasai mereka. Ternyata sejak beberapa hari saya bersama beberapa blogger lain mengkaji trend Pemimpin-Pemimpin politik PAS dan BN, ternyata PAS yang banyak mengamalkan rasuah.

Sogokan demi sogokan telah dilakukan bermula dari Perkampungan Orang Asli hinggalah ke Perkampungan Cina. Semua ini bagi memastikan PAS terus bertahan di DUN Galas. Adakah Nik Aziz tidak sedar akan situasi ini? Atau beliau merupakan tulang belakang dalam melaksanakan strategi yang dahulunya ditempelak mereka?

Sedar atau tidak, kebanyakan tuduhan yang dilemparkan mereka kepada kita kini diamalkan mereka. Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengarah Piliharaya Kecil DUN Galas, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Ini adalah terang-terangan satu rasuah untuk mendapat undi, kalau dulunya mereka menghentam kita bermacam-macam (tuduhan), tapi sekarang mereka yang mengamalkannya. PAS bukan sebuah parti yang konsisten."
(Laporan Bernama)


Itulah kenyataan pemimpin Kelantan yang juga dikenali dengan panggilan mesra, Tok Pa. Beliau menjawab kenyataan ini ketika diminta mengulas mengenai sogokan wang yang sedang melanda di dalam PAS terutamanya yang terbaru iaitu pemberian RM250 kepada pengundi luar yang akan datang mengundi pada 4 November ini.

Tapi jika dikaji semula sejak dahulu lagi PAS memang mengamalkan rasuah. Rasuah mereka lebih tebal mendalam. Boleh merosakkan akidah umat Islam. Rasuah mereka lebih psychology. Mereka mejanjikan syurga kepada mana-mana umat Islam yang mengundi parti ini. Apakah ianya bukan berbentuk rasuah?

Mungkin 'rasuah' ke syurga tidak lagi menambat hati rakyat. Maka, mereka bersikap lebih agresif dengan memberi sejumlah wang kepada pengundi. Mungkin ini sahajalah jalan mudah untuk ke syurga. Astagfirullah.

Kepada pengundi-pengundi Galas, fikirlah sejenak. Apalah sangat wang haram itu jika dibandingkan dengan penganiayaan yang dilakukan Kerajaan Negeri terhadap penempatan Orang Asli. Tanah milik penduduk di sana lebih bernilai dan ianya merupakan maruah mereka. Bersimpatilah dengan saudara-saudara Islam kita di perkampungan orang Asli (90%) yang semakin hari semakin terseksa dengan sikap rakus Kerajaan Negeri merampas hak tanah mereka. Dijual pula kepada taukeh-taukeh Cina.

Renung-renungkanlah.


Nik Aziz.... Tidurlah... Tidur... Kamu biarkan rakyat kamu merana...



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.