Nov 28, 2010

MUSLIMAT PAS PUSAT BERGOLAK !!





Melayu CinDia mendapat berita dari rakan2 dari PAS bahawa kini berlakunya pergolakan kepimpinan Muslimat PAS Pusat. Ramai di kalangan orang kuat Muslimat PAS telah mempertikai kepimpinan Ketuanya, Nuridah Muhd Salleh yang dilihat semakin tidak bermaya memimpin sayap parti tersebut. Malah, mereka juga mendakwa terdapat gerakan sulit di dalam Muslimat PAS bagi menjatuhkan Nuridah.


Di kalangan Muslimat PAS telah membandingkan kepimpinan beliau dengan beberapa tokoh Muslimat yang disegani termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'lo Haji Ghazali. yang dilihat lebih berani dan bersifat terbuka.



Lebih mengejutkan apabila dari kalangan AJK Muslimat sendiri mengakui Nuridah tidak mampu menyaingi Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang jauh lebih berani memperjuangkan nasib kaum hawa.

Isu ini kian memuncak setelah ramai penulis2 rencana dari kalangan Muslimat Selangor mula berkias mempertikai kepimpinan Nuridah. Ada juga yang menyebut beberapa nama yang lebih layak menduduki jawatan tersebut seperti Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah.

Melayu CinDia teringat akan cerita semasa mengumumkan kemenangan Dr. Lolo Ghazali di Parlimen Titiwangsa. Ada seorang wartawan akhbar bertanyakan status beliau di dalam Muslimat PAS. Beliau dengan nada agak keras menjawab :-

"Muslimat PAS? Saya tak masuk campur. Kamu tanyalah Ketua Muslimat. Saya tak tahu."


Di kalangan Muslimat PAS juga ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Nuridah secara drastik membela Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang secara terang2 berdua2 an di rumah bersama kekasihnya dan sempat menangkap gambar yang tidak senonoh. Mereka berpendapat Nuridah sepatutnya membiarkan pihak bertanggungjawab menyiasat perkara tersebut sebelum membela YB. Eli.

Ingatkan di dalam Wanita UMNO sahaja berlaku pergaduhan tarik2 rambut sebegini. Dalam Muslimat PAS pun ada. Melayu CinDia melihat perwatakan Muslimat PAS ini sangat lembut dan tidak terlalu agresif dalam cantas mencantas. Rupa2nya di sebalik tudung labuh mereka, terlihat hati yang membuak2 nak mencantas pimpinan juga.

Muslimat PAS Terengganu pula sudah semakin berani mengkritik kepimpinan YB. Mustafa Ali yang dilihat tidak mengetengahkan Muslimat PAS sebagai antara sayap penting di dalam parti. Malah di beberapa Jawatankuasa PAS Negeri seperti Kelantan, Selangor dan Johor, Muslimat PAS diletakkan sealiran dengan pemimpin2 PAS sedia ada.

Sayang seribu kali sayang. Pandangan Melayu CinDia sebelum ini memang silap. Jika sebelum ini Melayu CinDia memuji kerjasama Muslimat PAS yang menghormati sesama individu, kini pandangan tersebut kena buang jauh2. Muslimat PAS kini bergolak.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.