Nov 21, 2010

MAZLAN MENGGELUPUR BILA FELDA BERSUARA !!





FELDA menafikan sekeras-kerasnya laporan yang disiarkan oleh akhbar HARAKAH bertarikh 5 – 7 Zulhijah 1431/12 - 14 November 2010 yang mendakwa FELDA tidak pernah membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen. Laporan yang disiarkan juga turut menyebut FELDA menyembunyikan kedudukan kewangan kepada umum dan mendakwa kewangan FELDA dikuasai oleh individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri dalam akhbar berkenaan yang menyebut ‘ FELDA seperti juga Petronas tidak pernah membentangkan penyata kewangannya di Parlimen, sebaliknya kewangan FELDA dikuasai oleh individu yang sama……’

Adalah ditegaskan sejak ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA tidak pernah gagal untuk mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangannya di Parlimen. Setiap tahun Penyata Kewangan FELDA diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah memperolehi Sijil dari Ketua Audit Negara. Pengauditan Penyata Kewangan FELDA telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang telah diluluskan.

Pengurusan Kewangan FELDA diurus secara teratur dan Penyata Kewangannya mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Selain itu juga Penyata Kewangan FELDA mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan yang mewajibkan FELDA mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen sebelum 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan FELDA bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya memberi pernyataan yang beretika dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap FELDA. Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap FELDA adalah untuk kepentingan tertentu dan justeru itu, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap FELDA.

Dikeluarkan oleh:

Ketua Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Korporat FELDA



Mengungkap kata2 abang kepada Mazlan,
"Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Jeffry said...

MAZLIN NI PENGERUSI 'ANAK' CELAKER ANUWAR DAN WALI SLIPOR BROO! HARKKK PTUIHHH

Cg Pian said...

Blog anda telah di link . Selamat berjuang.TQ

Anonymous said...

sila buat laporan polis terhadap mazlan anak celako ni! moga2 dia berhempas pulas di dalam mahkamah plak....

Powered by Blogger.