Nov 30, 2010

LIM KIT SIANG HINA HADI AWANG !!






"Jangan kita biarkan Selangor menjadi seperti Terengganu yang diperintah PAS satu ketika dahulu. Hadi Awang terlalu yakin dan tidak mengendahkan nasihat rakan2 mengenai kemerosotan pemerintahan PAS ketika itu sehinggakan Terengganu tumbang ke tangan BN pada 2004 sehingga kini."


Penasihat DAP secara terbuka mengingatkan DAP Selangor terus bekerja keras dalam memastikan Selangor tidak kecundang ke tangan UMNO dan Barisan Nasional. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mengambil contoh sikap PAS Terengganu di bawah pimpinan Hadi Awang yang mencapai kemenangan di Negeri tersebut pada 1999. Akibat sikap bongkak dan sombong, PAS tewas ke tangan BN pada 2004.



Lim Kit Siang juga yakin dengan DAP Selangor di bawah pimpinan Teresa Kok mampu memberi kesan positif di Negeri itu. Kit Siang mahu kesemua jentera memastikan kerusi2 Parlimen dan DUN DAP di Selangor dapat dikekalkan pada PRU 13 di samping menambah lagi jumlah pengundi baru bagi mencapai matlamat mengekalkan tampuk pemerintahan.

Di samping itu, Lim Kit Siang juga mengambil contoh kekalahan teruk di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang dilihat amat memalukan. Kit Siang mahu DAP terus ke depan dan jangan biarkan kekalahan PAS dan PKR di kedua2 kerusi itu merebak ke dalam parti ini.

Kit Siang berkata demikian selepas selesai Konvensyen DAP Selangor ke 16 yang berlangsung semalam.
Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Pusaka Ibunda said...

http://pusakaibunda.blogspot.com/2010/12/ketuanan-melayu.html

boss addlistkan blog kami.

Powered by Blogger.