Nov 26, 2010

KUMP. GAGAK HITAM SERANG KONGRES PKR !!





Sedang Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR sedang berlangsung di Petaling Jaya, terdapat sekumpulan ahli dan perwakilan PKR meletak kain hitam yang dililit di tangan mereka.

Tertera pada gambar tersebut 'Selamatkan Keadilan' dan mereka sedang merancang untuk mengadakan Sidang Media semasa Kongres itu berlangsung bagi mendedahkan penyelewengan PKR.



Beberapa blog telahpun menyiarkan gambar ini. Mereka juga menempelak Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang melabel golongan yang memberontak dalam parti sebagai 'Perkakas BN'. Mereka mendakwa tidak pernah diupah oleh mana2 pihak dari PKR apatah lagi BN untuk menganjurkan protes tersebut.


Mereka hanya mahu membersihkan parti perjuangan mereka dari sebarang penyelewengan dan ketidaktelusan yang berlaku dan semakin kritikal di dalam parti ini.

Mereka turut akan terus mendedahkan penyelewengan tersebut dengan mengadakan demo dan mengedar risalah bagi membuktikan tuduhan mereka.

SELAMAT BERJAYA KUMPULAN GAGAK HITAM PKR...



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Jeffry said...

NAK BUAT MCM MANE LAGI BRO..BAPAK GAGAK KEPALA ATAS BWH YG HITAM LEGAM TU PON MASIH IDOP BERAJA DI MATE. SELAGI DIA ADE KUMP. ANAK2 GAGAK ITAM TU BLEY TERUS MENCUBA DAN MENCUBA. TAPI X TAU LE BEJAYE KE TAK HEHEH

Powered by Blogger.