Nov 5, 2010

KU LI UMPAMA TOK GURU DI GUA MUSANG !!






Ramai yang berpendapat strategi kempen yang digerakkan Pengarah Pilihanraya BN Galas Tengku Razaliegh Hamzah memang memberi kesan maksimum di sini. Berkempen secara sederhana, dari rumah ke rumah, dalam kelompok kecil-kecilan lebih berkesan dari ceramah umum dan program besar-besaran di kawasan terbuka pada musim tengkujuh ini.

Pendekatan Ku Li di Galas memang boleh jadi ikutan dalam pilihanraya kecil akan datang. Katanya, sebelum ini BN dan pembangkang sering serang menyerang menggunakan ceramah umum tapi di Galas, hanya pembangkang yang berceramah. BN pergi dari rumah ke rumah menjawab segala dakyah yang dilemparkan PAS. Kesan yang kita nampak orang kampung tak keluar lagi dengar ceramah pembangkang.

Galas yang seluas Negeri Sembilan dengan taburan penduduk berkelompok, serta berbukit bukau memang menjadi cabaran kepada jentera parti politik untuk berkempen. Terdapat 13 peti undi, dengan empat daripadanya adalah majoriti Orang Asli yang mempunyai 1,958 pengundi.

Strategi kempen Ku Li adalah jentera kempen di peti undi, Ketua Peti Undi yang dilantik diberikan kuasa untuk menentukan bentuk program yang sesuai untuk kawasan itu.

“Saya percaya sepenuhnya orang yang saya lantik, saya hanya pantau laporan harian dan mingguan sahaja, jika ada masalah dan Ketua Peti Undi tidak dapat selesaikan, baru kita akan bantu. Jika ada masalah baru kita masuk campur, bantu dan cuba selesaikan.
(Sumber dari TV3)


Peranan yang mantap dari Pegawai Khas Ahli Parlimen Gua Musang itu, Lukman Ghani, yang membentuk pasukan kedua sebagai barisan simpanan yang beroperasi sepenuhnya dari pejabat UMNO Bahagian.

Inilah strategi OTAI UMNO di Gua Musang. Saya akui, Ku Li memang bekerja keras bagi memastikan DUN di bawah Parlimennya menang besar. Saya fikirkan beliau akan bekerja ala kadar kerana beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat di sini. Tapi sebenarnya tidak. Beliau tidak mengabaikan tanggungjawab beliau.

Alhamdulillah, BN kembali merampas DUN Galas. Ini adalah titik permulaan kemenangan kita di Kelantan. Apa yang penting bekerja dalam satu pasukan dan memainkan peranan masing2 dengan jayanya.

Tidak mustahil BN mampu tawan Kelantan di masa akan datang.


Post by... Melayu CinDia

5 comments:

hahn said...

Sejak hal royalti minyak tu nampak Ku Li macam merosot. Ingat ke orang tua ni dah nyanyuk.

Kelihatannya tetap seperti dulu juga.

Perlu di ingat di suatu masa dulu beliau pernah kalahkan Dr Mahathir dalam perhimpunan UMNO yang kemudian membawa UMNO menjadi haram.

Itu bukan ceritanya. Ceritanya ialah Ku Li orang yang paling berkebolehan tinggi selepas Dr Mahathir yang masih aktif.

Syabas Ku Li!

Anonymous said...

Tahniah KU LI, dan tahniah kepada semua yang bekerja keras untuk kemenangan BN....gandakan usaha untuk kemenangan gemilang BN pada PRU13....amin


yuhu / www.anwaraidc.com

Anonymous said...

Kami ingin mengumumkan KEMPEN SAVE AIDC BLOG. Kepada yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan kewangan, boleh memberi seikhlas mungkin Melalui Akaun Bank Islam 1303 5010 0580 99 di atas nama Tetuan AIDC Management. Sumbangan anda sangat2 kami hargai dan ucapan terimakasih yang tidak terhingga.

- Yuhu / www.anwaraidc.com -

Anonymous said...

dalam UMNO Ku Li lah tokoh paling layak yg ada pada masa ini untuk jadi PM selepas DS Najib ....

Anonymous said...

[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose[/url]
Det definitivt ingen behöver lämna hem tjäna miljoner, eftersom processen möjlighet knackar rätt från individens posten sätt , så väntar den särskilda varmt mottagande som du tjänar din primära väg att låta dem större vinster.
,[url=http://www.canadagoosejackorbilligt.com]canada goose[/url]
 I grund och botten liknar 1 stor sällskaplig test, saker kan möjligen trycka begränsningar, som utgör ofta principer som som conitinues längs och också, inrätta någon algoritmer när du behöver variabler oväntade igår.
http://www.canadagooseistockholm.com
 Några av de auditiva dyslektiker kan höra bokstaven möjligtvis ord rörig som, dessutom kommer inte på upprepa något som verkar för att de kommer grunden, hörde stund sedan. De flesta användare förknippar dyslexi eftersom läsa igenom svårigheter.

Powered by Blogger.