Nov 18, 2010

KP & NAIB KP UMNO W.MAJU DITAHAN DI KEM WARDIEBURN !!





Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju telah 'ditahan' di Kem Wardieburn petang tadi. Di tahan atas dakwaan apa?

Sebenarnya mereka bukan di tahan. Pemuda UMNO Wangsa Maju telah menganjurkan program Sambutan Hari Raya Korban bertempat di Kem Wardieburn, Wangsa Maju. Seekor lembu yang disumbangkan Pemuda UMNO Wangsa Maju telah dikorbankan dan diagih2kan kepada penduduk setempat.

Saya agak terpukau dengan kerjasama Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Taupiq Hussin dan Naibnya, En. Azha Mustapha yang bertungkus lumus membantu program ini. Mereka tidak kelihatan seperti golongan VVIP UMNO yang sebelum ini hanya merasmikan program dan duduk di tempat khas yang disediakan.

Kedua2 pemimpin Pemuda UMNO W.Maju ini turut membantu menyembelih, memotong dan mengagihkan lembu yang dikorbankan. Alhamdulillah, Pemuda UMNO Wangsa Maju mampu memimpin golongan belia dengan baik.

Turut bersama2 kedua2 pemimpin Pemuda ini adalah beberapa AJK Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju termasuklah Pen. Setiausaha, En. Khyril.

Apa yang lebih menarik, kebanyakan yang hadir dan membantu gotong royong adalah di kalangan orang2 muda dan kanak2. Ini memberi satu pengalaman kepada mereka dalam mengendalikan gotong-royong korban sebegini.


GELOMBANG RAKYAT MENGUCAPKAN SYABAS BUAT TEAM PEMUDA UMNO WANGSA MAJU.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.