Nov 26, 2010

KONGRES PKR - LAUNGAN 'GELOMBANG RAKYAT' BAWA SIAL !!





PKR... PKR... Oh PKR... Saya mendapat berita dari rakan saya (penyokong PKR) di mana Ketua AMK, Shamsul Iskandar telah melaungkan 'Inilah Gelombang Rakyat' semasa menyampaikan ucapan bersempena dengan Kongres Angkatan Muda Keadilan. Laungan itu bergema di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi ini.

Gambar Ihsan Agenda News

Baguslah. Sekurang2nya Shamsul mempromosi blog saya. Tapi apabila saya membuka blog Agenda News, gambar di atas disiarkan. Lengang... Tak ada orang. Inilah wakil2 AMK yang dikatakan menggenggam laungan Gelombang Rakyat?



Ternyata Shamsul Iskandar syok sendiri ketika membuat ucapan tersebut. Apa yang saya diberitahu, lebih dari 1000 perwakilan AMK akan menyertai Kongres tersebut. Tapi yang hadir tak sampai 400 perwakilan. Ke mana mereka semua?

Sedih... sangat sedih. Dahulu AMK dengan lagak sombongnya mengatakan bahawa sayap PKR itu membawa suara anak2 muda. Suara belia. Inikah hasil suara anda? Di mana anak2 Muda yang kamu katakan penyokong kuat PKR?

Sedih saya melihat situasi ini. Ianya memang membuktikan, bahawa laungan Gelombang Rakyat tidak releven lagi buat PKR. Kerana laungan itu kini sedang dan akan terus bergema oleh anak2 Muda yang perpayung di bawah UMNO dan Barisan Nasional..


SYABAS BUAT AMK.... INILAH LAUNGAN GELOMBANG RAKYAT.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Semut Hitam said...

TUNGGU APA LAGI BRO...
GI TUNTUT ROYALTI LA...
MACAM TAK DE NAMA LAIN LA PLAK NAK GUNA...HAHAHAHA...

Semut Api said...

Dalam gambar nampak macam 100-150 orang saja. Tak tahu la kalau semut2 api dalam dewan pun jadi perwakilan AMK.

Semut Merah said...

Ramai la tu 100 - 150 darab 100 = 10,000 - 15,000 orang. Simple mathematic. Itu termasuk bukan sahaja semut malah semua keluarga serangga termasuk nyamuk, lalat dan sebagainya.

Powered by Blogger.