Nov 24, 2010

KHALID GAGAP DAKWA PKR AKAN KALAH DI SELANGOR !!





Nampaknya Kerajaan Negeri Selangor semakin gentar menghadapi kekalahan pada PRU 13. MB Selangor bersama kuncu2nya sedang merancang untuk menangguhkan terlebih dahulu pilihanraya jika diumumkan oleh PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Kuncu PKR Selangor akan berkeras untuk tidak mengadakan pilihan raya serentak bersama pada PRU 13. Ia kerana mereka akan mengalami kekalahan besar jika PRU 13 diadakan serentak.

Memang PKR Selangor pengecut. Tapi persoalannya, adakah ianya akan menjadi realiti? Mereka lupa bahawa sebarang pembubaran DUN mesti mendapat mandat dari Sultan. Sultan Selangor sejak akhir2 ini kelihatan amat kecewa dengan Kerajaan Negeri yang telah melakukan banyak penyelewengan.

Kenapa mereka memilih untuk tidak melakukan PRU secara serentak? Ini kerana, PKR tidak dapat memberi tumpuan secara total di Negeri itu bagi mencapai kemenangan. Selangor merupakan satu2 nya Negeri yang dikuasai Pakatan pimpinan PKR. Dan jika BN merampas Selangor, PKR tidak mempu lagi untuk memegang kuasa. Malah pembongkaran mengenai penyelewengan yang dilakukan Kerajaan Negeri kini akan didedahkan.

Pengumuman ini secara terbuka didedahkan Khalid Ibrahim dalam laporan Sinar Harian seperti di atas. Ada sumber2 dalaman yang mengatakan bahawa PAS amat tidak selesa dengan pengumuman secara terbuka dari Khalid Ibrahim. PAS juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ini akan membuka ruang lebih besar untuk BN menang.

Malah, PAS khuatir jika Sultan Selangor akan hilang kepercayaan terhadap Kerajaan sedia ada lalu akan mengadakan PRU Selangor lebih awal. Ini akan memberi kekalahan besar terhadap PAKATAN terutamanya PAS.

Takut. Semuanya takut.... Berani kerana benar Khalid. Tapi takut... buat salah la tu..



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.