Nov 23, 2010

KERAJAAN SELANGOR ISYTIHAR BUBAR ??






Kerajaan Negeri Selangor giat berkempen nak hantar memorandum melalui tandatangan 100 ribu rakyat Selangor kepada Yang Di Pertuan Agong. Memorandum ini sebagai tanda protes terhadap kenaikan tarif air di Selangor. Alih2 hanya 800 tandatangan sahaja diterima. 800 dari 100 ribu rakyat Selangor. Banyak bezanya tu. Kerajaan Selangor tak tahu malu. Janganlah mengheret perkara ini ke medan Di Raja. Kelak kamu yang terkena. Tak bingai lagi ke setelah Sultan Selangor sendiri membongkar penyelewengan wang Yayasan Selangor?

Ternyata sebenarnya rakyat Selangor kini menolak Kerajaan Negeri sebenarnya. Cuba bayangkan, jika ditolak 800, 90 200 rakyat Selangor yang tidak menyokong protes tersebut. Pelik, walhal apa yang disuarakan Kerajaan Selangor sebenarnya jika dilihat secara dasar, memang benar. Sesiapa pun tidak mahu kenaikan apa2 juga tarif mahupun cukai. Akan tetapi, kenapa pula baki 90 200 rakyat Selangor tidak mahu bersubahat denganKerajaan Negeri bagi menyokong protes tersebut?

Rakyat semakin bijak. Kerajaan Negeri sebenarnya cuba putar belit isu tarif air sebenarnya. Syabas mengalami kerugian besar dari Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengkaji secara menyeluruh akibat dan kesan jangka panjang perlaksanaan pemberian air percuma tersebut dan oleh kerana kemaruk nak rampas Selangor, dijanjikan tanpa sebarang usul periksa. Malah, Kerajaan Negeri sendiri terpaksa menanggung hutang yang amat besar terhadap Syabas bagi menampung kos tersebut. Dan ianya memberi kesan terhadap Syarikat Syabas itu sendiri.

Kenaikan Tarif air sebenarnya adalah kesan daripada kesilapan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya. Malah pihak Syabas sendiri pernah memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri kesan negatif yang akan berlaku jika perlaksanaan ini diteruskan Pada mulanya memang Tan Sri Khalid dilihat gentar tetapi terpaksa melaksanakannya kerana telah berjanji pada rakyat.

Sebenarnya ini sahaja janji yang Kerajaan Negeri tunaikan. Yang lain? TIDAK. Kerana apa? Kerana isu air percuma ini yang dicanangkan kepada rakyat setiap kali ceramah diadakan semasa kempen PRU 12 dahulu. Kenapa janji2 lain tidak mampu dilaksanakan? Kerana Kerajaan Negeri mengalami kerugian akibat pemberian air percuma ini. Dan banyak penyelewengan telah berlaku dan didedahkan terutamanya melibatkan Ahli Majlis Daerah.

Pada mulanya memang rakyat gembira dengan pemberian air percuma ini. Tapi sekarang? Apa yang berlaku? Hasil yang dilaksanakan Kerajaan Negeri hanya untuk sementara sahaja. Inilah kesan yang berlaku apabila Syabas terpaksa menaikkan tarif air kerana jika dibiarkan, pihak Syabas sendiri akan mengalami kerugian kerana hutang Kerajaan Negeri terhadap syarikat itu.

Hendak disalahkan Syabas pula? Jika dihitung sebenarnya, Syabas telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat Negeri Selangor. Satu ketika dahulu ada yang mengatakan jika tiada Syabas, tiadalah air di Selangor. Antara inisiatif2 yang telah dilaksanakan Syabas termasuklah mengawal catuan air dari diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Khidmat ini diberikan secara percuma dalam membendung jenayah tersebut.

Syabas juga sentiasa memastikan bekalan air bersih di Selangor sentiasa mencukupi. Teringat saya ketika Malaysia mengalami musim kemarau suatu ketika dahulu. Sehinggakan air semakin kering. Pihak Syabas telah mengambil inisiatif menghantar bekalan air terus ke lokasi bagi meringankan beban pengguna.

Isu banjir yang berlaku baru2 ini di utara Semenanjung. Pihak Syabas turut membantu memberi bekalan air kepada mangsa2 banjir tersebut.

Khidmat Syabas terhadap rakyat sebenarnya lebih banyak jika dibandingkan dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan. Mereka sebenarnya hanya tahu berjanji tanpa mengkaji kesan negatif atas janji2 tersebut.

Pakatan memang selalu menyalahkan pihak lain bila berlaku masalah. Itu kerja mereka. Tapi mereka lupa, mereka kini bukan lagi pembangkang di Selangor. Mereka pemerintah. Strategi mencari kelemahan musuh akan memakan diri mereka sendiri sebenarnya.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.