Nov 20, 2010

KELAB SAHABAT BN SERPIHAN KELAB PENYOKONG PAS ??





Barisan Nasional kini menjadi ‘lebih terbuka’ dengan langkah membolehkan kemasukan ahli secara bersekutu dan bergabung serta mengadakan Kelab Sahabat BN.Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC pagi Sabtu telah meluluskan pengenalan kaedah baru ini yang berkuatkuasa serta merta bagi menjadikan ia lebih inklusif.

Menurut laporan Agenda News, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menjelaskan ahli bersekutu dan bergabung itu tidak mempunyai hak seperti parti komponen sekarang.

Menurut beliau Dewan Tertinggi BN akan tentukan hak serta keistimewaan mereka kelak. Kata Najib apa jua keputusan mengenainya akan dibuat secara sebulat suara oleh BN. Pada sidang akhbar itu Najib juga memberitahu ia adalah mesyuarat terakhir bagi Datuk Seri S Samy Vellu. Beliau mengucapkan penghargaan pada Presiden MIC yang dijadual bersara Januari ini.

Adakah Kelab Sahabat BN akan bersaing dengan Kelab Penyokong PAS?



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.