Nov 8, 2010

HASAN ALI - NIK AZIZ CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!





"Kemenangan BN di DUN Galas menunjukkan bahawa
rakyat tidak mahu pemimpin yang retorik semata2."
(Sumber Sinar Harian)


Itu kenyataan yang disebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengenai kekalahan PAS di DUN Galas. Retorik ini boleh dikategorikan seperti cakap tak serupa bikin dalam bahasa politik. Siapakah pemimpin retorik yang dimaksudkan Hasan Ali ini?

Pedas bahasa Exco Selangor ini. Siapa pemimpin retorik ni Hasan Ali? Dr. Zul (calon PAS DUN Galas)? Atau Nik Aziz? Jika dikaji semula, beliau antara Pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan Nik Aziz. Beliau antara punca Nik Aziz mendesak agar diadakan Perhimpunan Khas PAS dek kerana kenyataan Hasan Ali yang lebih kepada UMNO.

Nik Aziz jugalah yang menjadi punca Hasan Ali dikenakan amaran dari pihak Jawatankuasa PAS Pusat atas sebab sikapnya yang suka mengkritik pemimpin2 PAS. Ada benarnya juga beliau tujukan gelaran ini kepada Nik Aziz.

Nik Aziz memang seorang pemimpin retorik. Cakap tak serupa bikin. Pandai bercakap dengan nada yang penuh mengasyikkan. Tapi, nyanyi jela. Perlaksanaan? Hancur. Contoh? Tak payah ceritalah. Isu tanah ladang dan tanah Orang Asli sudah cukup. Agaknya Hasan Ali gelak besar bila PAS kalah di DUN Galas. Dan Hasan Ali juga tepuk tangan bila gambar Nik Aziz merasuah Orang Asli tersebar luas.

Nik Aziz ni bukan sahaja retorik, Hasan Ali. Diktator. Apa yang dia cakap semua kena ikut. Kalau dia nak buang Hasan Ali, bila2 masa sahaja. Sebenarnya memang nyaris2 kena cantas. Hasan Ali sewajarnya sedar akan kepincangan dan penyelewengan Pemimpin2 PAS yang semakin hari semakin tenat. Nik Aziz yang dijulang sebagai Ulama' kini menguasai PAS. Apakah Hasan Ali dan beberapa pemimpin PAS yang pro Ulama' tidak sedar dan tidak berasa bersalah atas kepincangan ini?

Jika hendak diharapkan Presiden PAS, Hadi Awang. Orang ini macam patung sahaja dalam PAS. Tidak mampu buat apa2. Sama macam Wan Azizah di dalam PKR juga. Hanya mengangguk bila De Facto bersuara.

Hasan Ali sebenarnya sudah memberi hint pada PAS. Bahawa PAS sudah semakin kotor. Kotor dengan puak2 Erdogan. Sudahlah Hasan Ali, keluarlah dari PAS. Janganlah bersekongkol dengan juak2 kotor ni di dalam PAS.

Hasan Ali juga kini menjadi patung perhiasan di dalam Kerajaan Selangor. Exco Agama yang liberal. Tidak mampu melakukan apa2 yang melampaui batas. Sentuh arak, kena sepak dengan gangster mabuk Ronnie Liu. Sentuh maksiat, Elizabeth Wong wanita seks yang dijulang. Ketua Muslimat siap peluk tubuh dengan dia. Apa yang hendak diperjuangkan di dalam PAS lagi Hasan Ali? Akhirnya, PAS jadi kambing hitam DAP. Islam entah ke mana. Ikut jela cakap Parti Anti Islam ni.

Betul cakap u Hasan Ali, PAS kini hanya retorik semata2..



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

tak paham ..... perut lapar ... duit tak ada ....

belalang said...

Aku pernah duduk berdepan dgn beliau diwarung kopi di....,Johor sewaktu beliau belum menjadi adun sehingga tok ni kata belum sejarahnya dia duduk di warung kopi sampai lebih 3 jam dengar org merepek!

Antaranya aku merepek.." negara ini bukan hak milik pejuang2 ideologi gila yg kemaruk kuasa.. budak ini ( anak aku le..) dan anak2 org lain mempunyai hak juga diatas bumi ini dimasa2 hadapan. berapa lama kita boleh menongkat langit sampai kita tergamak membuat kehancuran kerana perbezaan ideologi..apa hak mereka yg menafikan hak org lain yg ingin hidup aman dan sentosa?.. jgn beretorik dan berfalsafah hanya kerana dpt memperbodohkan bangsa sendiri...." itulah sebahagian dari apa yg aku merepek selama lebih 3 jam!

tok ni memang bagus bnyk benda yg aku mengarut didengar dan dpt dilihat selepas beliau mendapat tempat dipersada kuasa.

bertambah bagus lagi kalau tok ni dapat masuk umno.. tapi org umno ini pun satu hal juga, tak mungkin memberi ruang dan peluang kpd tok hasan. sebahagian besar org umno kita ni ada simptom mereng dan gila kuasa tahap 1 dalam penyakit politik. banyak yg pandai tapi tak bijaksana lebih malang tak sadar diri mcm kaduk naik junjung.. bila akar umbi nak refresh utk pemimpin yg lebih berwibawa dan berjiwa bangsa.. pak kaduk ni meroyan siap ugut nak bakar kapal parti!

sebetulnya ramai pemimpin samaada dari pihak oponent atau pemimpin senyap yg jauh lebih baik dari brutus dan biawak yg diberi kuasa.

kita ubah dari dalam sebelum kita bersihkan semak diluar.. ADA BERANI?

Anonymous said...

Hassan Ali nak keluar Pas??? Sudah la..

1. jatuh talak 3 bini dia ooi.
habis bini kena kebas orang2 Pas kelak.

2. abis le jawatan EXCO, penggal depan lum tentu kekal.. duit tu bang..

Powered by Blogger.