Nov 2, 2010

HARGA PETROL RON 95 KEKAL - BUKTI KERAJAAN PRIHATIN !!





Tengah malam tadi saya membaca beberapa blog parti politik yang memberi pandangan mengenai kenaikan harga petrol RON 97. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang membangkang.

Namun, yang menggembirakan saya bahawa Kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON 95. Ini bermakna, rakyat masih lagi dapat menikmati harga murah dengan menggunakan minyak petrol tersebut.

Sepertimana yang kita ketahui, pembangkang akan memainkan isu ini habis-habisan sebagai modal terakhir untuk menang di dalam pilihanraya. Bagi saya mudah, kerajaan telah memberi alternatif kepada kita samada menggunakan RON 95 yang jauh lebih murah ataupun RON 97. Oleh itu, jika kita mahupun yang lebih murah, gunalah RON 95. Tidak ada masalah.

Kerajaan sebenarnya masih lagi prihatin kepada golongan yang berpendapatan rendah dan tidak menaikkan harga bagi kedua-dua jenis petrol tersebut. Kepada pengundi, ingatlah, jangan mudah terperdaya dengan hasutan pembangkang. Kerana jika mereka menawan Kerajaan Persekutuan, belum tentu lagi harga petrol kita akan kekal. Dan mungkin juga akan memberi kesan negatif kepada rakyat itu sendiri. Insentif melambung-lambung, beban rakyat ditarah sehingga terseksa.

Jika dibandingkan dengan apa yang Kerajaan Negeri Kelantan lakukan terhadap Ladang Rakyat, ianya jauh lebih merugikan rakyat. Rakyat yang layak mendapat Tanah Ladang tidak dibahagikan dengan sebaiknya sehinggakan Tanah Penempatan Orang Asli turut menjadi mangsa kejam PAS. Tanah penempatan yang dirampas termasuklah tanah perkuburan dijual kepada Taukeh-Taukeh Cina Singapura. Dimanakah hasil yang dinikmati rakyat? Hasil balak yang berbilion-bilion ringgit, dimanakah hasilnya pada rakyat?

Janganlah mudah terperdaya dengan permainan pembangkang. Kenaikan harga petrol RON 97 sebenarnya tidak menjadi masalah kepada rakyat berpendapatan rendah kerana kita masih mempunyai pilihan untuk memilih yang lebih murah.

Insyaallah...


Post by... Melayu CinDia


1 comments:

Anonymous said...

Patut tak naik langsung. Tak kira la minyak nyok ke atau tanah. Mula2 kata tak bebanlah lepas ni kata penyelarasanlah pula. Alasan BUSUK.
Peniaga2 tak perlu naikkan harga barang. Lepas tu kata mereka nak naik tak boleh nak kata apa2. Alasan BUSUK lagi.

Powered by Blogger.