Nov 28, 2010

HADI AWANG TAK SABAR TUNGGU ANWAR MASUK PENJARA !!





Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kelihatan seperti tidak sabar2 melihat Ketua Pembangkang dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan liwat. Perbincangan mengenai Siapa bakal Perdana Menteri jika Gabungan Pembangkang menang pada PRU 13 sedang hangat diperkatakan oleh PAS dan DAP.

Malah Hadi Awang sendiri dalam sebuah akhbar mensasarkan secara berkias bahawa jika Anwar Ibrahim dipenjarakan, beliau akan mengambil jawatan Ketua Pakatan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri jika Pembangkang menang pada PRU 13. Kenyataan Hadi Awang ini seolah2 beliau mengakui bahawa Anwar Ibrahim bersalah dalam pertuduhan liwatnya.



Mungkin penyokong Pembangkang akan menempelak penulisan Melayu CinDia kerana kenyataan Hadi Awang ini bagi mereka adalah memerli ketidaktelusan institusi mahkamah di Malaysia. Itu merupakan alasan 11 tahun dahulu dan ianya tidak lagi boleh digunapakai. Banyak kenyataan Hadi Awang dan sahabat2 beliau seperti Nasharuddin Mat Isa, Dr. Hasan Ali , Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Haron Din yang dilihat mengkritik Anwar dan Pakatan yang semakin hilang landasan dan perjuangan.

Kenyataan Hadi Awang itu dibuat dalam keadaan yang begitu awal tanpa sebarang perbincangan dengan rakan2 parti PAS iaitu DAP dan PKR. Kenapa? Hadi Awang seolah2 tidak mampu melihat percaturan politik kotor Anwar Ibrahim bersama DAP yang kelihatan meminggirkan beliau.

Ahli Parlimen Marang itu nampaknya seolah2 mencabar sekutu parti PAS iaitu DAP yang sebelum ini juga mengimpikan jawatan tertinggi Negara itu. Jika dilihat kedudukan kerusi di Parlimen, DAP merupakan parti yang mempunyai jumlah kerusi yang paling banyak dan ianya membuktikan bahawa mereka berhak memilih calon PM dari parti tersebut.

Kenyataan Hadi Awang ini bukan sahaja akan memberi persoalan dari kalangan Pemimpin PKR dan DAP, malah puak Pro Erdogan sendiri akan menggelupur dek kerana kenyataan Presiden PAS itu. Puak Pro Erdogan sememangnya diketahui tidak sebulu dengan Hadi Awang dan team beliau kerana banyak membuat kenyataan yang berpihak pada UMNO.

Jika benarlah Hadi Awang inginkan jawatan tersebut, jangan bermimpilah. Selagi DAP dan PKR menguasai Pakatan, Hadi Awang hanya kelihatan sebagai patung di dalam Pakatan. Hendak mengangguk, tidak bersetuju.. Hendak menggeleng, takut Tok Goku Nik Aziz pula melenting.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.