Nov 20, 2010

GELOMBANG MERAH 'BOGEL' NIK AZIZ - KULI BAKAL MB !!





Kebangkitan Gelombang Merah kian terserlah. Lebih 2000 orang hadir di Majlis Sambutan Aidiladha Parlimen Gua Musang dan meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November lepas di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang Jumaat malam.

Turut meraikan majlis tersebut ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas yang baru dipilih Aziz Yusof. Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, pemimpin parti komponen BN dan wakil pemimpin UMNO Kelantan.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan dari ADUN Galas Aziz Yusof yang mengucapkan kesyukuran serta berterima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN di Galas.

Beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan semua pemimpin masyarakat setempat bagi memajukan kawasan mereka. Lima ekor lembu telah dikorbankan untuk jamuan makan malam tersebut yang disediakan secara gotong royong oleh orangramai.

Tengku Razaleigh ketika menyampaikan ucapan amat berterima kasih pada kaum Orang Asli kerana kesemua enam peti undi kawasan Orang Asli dimenangi BN dan ada yang mencecah 90 peratus pada PRK Galas baru-baru ini.

“Kaum Orang Asli telah bekerja kuat dan memberi sumbangan yang besar pada kemenangan BN di Galas baru-baru ini,” kata Tengku Razaleigh.

Beliau seterus mengumumkan sumbangan wang tunai RM2,000 kepada setiap peti undi kawasan Orang Asli untuk diadakan majlis keramaian.

Menurut Tengku Razaleigh, keramaian yang diadakan bukan bertujuan hendak menunjukkan ‘besar diri’ atau riak kerana kemenangan BN di Galas tetapi kerana tanda kesyukuran serta tanda terima kasih kepada semua pihak yang datang membantu BN di Galas sehingga capai kemenangan. Sebagai menunai janji semasa PRK Galas, Tengku Razaleigh akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin kaum Orang Asli untuk berbincang dan berunding bagi memajukan kawasan mereka.

“Ambo janji semasa kempen pilihan raya, ambo akan tunaikan, InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri,” tambah beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengumumkan sumbangan masing-masing tiga ekor lembu kepada DUN Nenggeri dan Paloh bagi dibuat jamuan keramaian kepada pengundi masing-masing. Tengku Razaleigh juga meminta semua pihak bersiap sedia menyusun jentera parti dengan baik bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

BRAVO BUAT PORTAL AGENDA NEWS.




Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.