Nov 12, 2010

FELDA KINI DIGELAR AH LONG??





Gelombang Rakyat rasa terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang mendakwa bahawa FELDA telah memperlaku anak2 peneroka seperti AH LONG. Mazlan siap mengeluarkan buku bertajuk "Felda Dulu Tolong, Kini Along."

Ternyata dakwaan beliau sememangnya cuba menjatuhkan krelibiliti FELDA itu sendiri seterusnya mencari publisiti murahan bagi menarik sokongan warga FELDA terhadap PAKATAN. Beliau bertindak selaku agen PAKATAN dalam memastikan kesemua kawasan peneroka FELDA menyokong kepimpinan PAKATAN selaku pemerintah kerajaan pada PRU 13.

Di sini saya senarai sebahagian Program2 yang dilaksanakan FELDA bersama anak2 syarikat Agensi ini bagi memastikan peneroka2 FELDA mendapat insentif yang sewajarnya.

1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.

2) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.

3) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.

4) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.

5) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.

6) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.


7) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.


8) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan FELDA (untuk anak 5 tahun ke bawah).


9) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.


10) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.

11) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.


12) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.


13) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.


14) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.

15
) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.

16) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.


17) Memulakan Skim Tuisyen FELDA di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah bermula dari tahun 2006.


Ini hanya sebahagian daripada insentif dan program yang dilaksanakan FELDA. Banyak lagi jika hendak disenaraikan. Persoalannya, adakah ianya menunjukkan bahawa FELDA bersikap seperti Ah Long?

Apa yang menyebabkan Mazlan begitu dendam dengan FELDA? Padahal keluarga dia sendiri tidak bersetuju dengan tindak tanduk dia yang cuba menjahamkan FELDA dan memecahbelahkan keutuhan dan kesatuan peneroka2 FELDA.

Mazlan memang seorang anak peneroka FELDA yang tidak bersyukur dan tak kenal budi. Dek kerana kerakusan menguasai kuasa politik, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun menggadai maruah Agensi yang menjadi titik penuh generasi dia. Mazlan lupa penat lelah Ibu Bapa dia yang membesarkan dia hasil FELDA.

Mengungkap kata2 abang kandung Mazlan,
"Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."



Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

oRang kAmpung

Salam bro.Setau aku Mazlan ni nobody sbhya.Memang puak2 pembakang tau undi felda adalah merupakan fix deposit yg besar utk BN.Jadi satu master plan telah dirancang oleh mereka utk menggugat felda.bermula dgn tuduhan felda bankrup,penipuan kilang baja dan sekarang tuduhan felda ah long.tuduhan felda bankrup sudah pun diambil tindakan oleh felda di mahkahmah syabas kpd dato ahmad maslan.xp tuduhan kedua yg mengatan penipuan kilang baja tu masih xdak apa2 jawapan dari pihak felda.aku rasa felda mesti saman pihak yg membuat tuduhan di luar dewan parlimen tempohari.SAMANLAH DATO ajar sikit puak2 ni.Tuduhan mengatakan felda bankrup adalah satu fitnah yg tidak bolih dimaafkan.Kita semua tau felda adalah merupakan agensi kerajaan yg paling berjaya 1x baik dari segi tadbir urus dan pencapaian matalamat penubuhan.ianya diiktiraf bukan setakat di msia malah seluruh dunia.salah satu sy. yg mempunyai keluasan ladang terbesar 1x di dunia.di global market semua syarikat besar kat dunia nak sgt berniaga ngan felda.disini aku setuju sgt dgn bro yg telah memulakan perang dgn puak2 perosak ni. dont be kuatir bro i pollow u.

Anonymous said...

MAZLAN NI anak peneroka @ peneroka paling bangsat,, lebih bangsat daripada anjing tersepit,,,

Salah memilih idola , manusia tak tau diuntung ,,,, orang macam ni buang je dari Felda ,, ramai lagi melayu berkualiti yang boleh ganti dia ,,,,

pooooooorahhhhhhhhhh ,,,,, makan hasil felda sampai berkumpul lemak sawit dalam badan , kata felda tak betul ,,, kamu tu yang tak betul Mazlan ,,, ngacak dong !!!!!!! cermin muka !!!!! ptuiiiiiiih!!!!!!!

Teropong Pantai said...

Memang Felda Along, Nak tau jadi lah peneroka atau kerja dengan Felda.

Kena tanggung bermacam hutang yang tidak masuk akal.

Megat Alam Gempita said...

Pandai meminjam pandailah membayar, hanya yang malas bekerja dan tiada inisiatif utk berubah saja yang terpengaruh dengan fitnah Felda sebagai along.
Inilah bukti rezeki yg si Aliman makan ni tak berkat kerana beliau tak bersyukur sebaliknya dapat makan hasil Felda terus maki hamun kerajaan. Sama jer dengan sapa yang ikut mamat ni. Buta hati n buta perut.
Teman sebagai anak Felda isytiharkan perang terhadap Aliman n ANAK!

Powered by Blogger.